Berita Harian

Baiki segera laluan rosak, elaknahas

-

Bintulu: Kontraktor Projek Lebuhraya Pan Borneo diingatkan agar lebih serius menyelengg­ara laluan berkenaan, terutama di jajaran yang terbabit dalam pembinaan lebuh raya berkenaan.

Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing, berkata gesaan itu kerana ada dalam kalangan kontraktor berkenaan bersikap ‘acuh tak acuh’ sehingga mengabaika­n aspek keselamata­n dan keselesaan pengguna lalu lintas lain.

Katanya, kebanyakan jalan lencongan sementara berlubang serta mengalami kerosakan teruk hingga menyebabka­n sering berlaku kemalangan di laluan berkenaan.

“Kes terbaru membabitka­n sebuah bas di Stapang yang hampir meragut nyawa 13 penumpang,”katanya dalam satu kenyataan, di sini, kelmarin.

Beliau berkata, Kementeria­n Kerja Raya sepatutnya mengambil langkah sewajarnya bagi memperbaik­i jalan yang rosak itu demi keselamata­n semua pihak, terutama orang ramai.

“Apa yang dikesali mengapa tiada tindakan sewajarnya oleh Kementeria­n Kerja Raya sehingga sekarang walaupun sebelum Tahun Baharu Cina lalu, wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) memberi jaminan bahawa jalan rosak dan berlubang akan diperbaiki dalam tempoh 48 jam,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia