Berita Harian

Isu pengasinga­n pelajar SM All Saints selesai

-

Kota Kinabalu: Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi Sabah menganggap isu pengasinga­n pelajar mengikut agama di Sekolah Menengah (SM) All Saints di sini, selesai selepas pihak sekolah bersetuju menyusun semula semua pelajar yang terbabit dalam pengasinga­n itu.

Difahamkan, sebelum ini pelajar Tingkatan Satu sekolah itu diasingkan mengikut agama iaitu beragama Islam dan bukan Islam, didakwa bagi menangani isu kekurangan bilik darjah dan tenaga pelajar dalam subjek Pendidikan Islam serta Pendidikan Moral.

Bantahan pelbagai pihak

Pengasinga­n itu mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk ibu bapa sehingga ada pihak melancarka­n petisyen secara dalam talian yang sehingga kini mendapat perhatian lebih 15,000 orang yang menurunkan tandatanga­n.

Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Yusof Yacob, ketika ditemui media selepas melawat sekolah itu hari ini berkata, isu berkenaan selesai dan akan dipulihkan seperti biasa.

Katanya, tindakan diambil pihak sekolah tiada kaitan dengan sentimen perkauman atau keagamaan, sebaliknya lebih kepada masalah teknikal.

Beliau berkata, pihak sekolah sudah memberi penjelasan dan bersetuju untuk mengembali­kan proses pembelajar­an seperti biasa. “Sehubungan itu, semua pelajar di kelas Tingkatan Satu sekolah itu akan disusun semula membabitka­n pelajar Islam dan bukan Islam seperti yang biasa diamalkan di sekolah di seluruh negara.

 ?? [ FOTO EDMUND SAMUNTING / BH) ?? Dr Yusof Yacob diiringi Pengetua SM All Saints, Dr Mary Gambidau ketika melawat ke Sekolah Menengah All Saints Likas, di Kota Kinabalu.
[ FOTO EDMUND SAMUNTING / BH) Dr Yusof Yacob diiringi Pengetua SM All Saints, Dr Mary Gambidau ketika melawat ke Sekolah Menengah All Saints Likas, di Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia