Berita Harian

Jamilah ‘cari makan’ hantar barang ke seluruh negara

Sedia perkhidmat­an pengangkut­an cepat,selamat dari pintu ke pintu

- Oleh Junita Mat Rasid

Pada mulanya, saya membuat penghantar­an makanan yang dipesan pelanggan sebelum mula mempelbaga­ikan barangan yang dihantar. Kini saya angkut semua barang asalkan bukan barangan haram” Jamilah Zainal, Penghantar barang

“Saya hantar macammacam barang ke mana sahaja, orang pun saya pernah hantar,” kata Jamilah Zainal, 37, yang menjadikan khidmat penghantar barang atau runner jarak jauh dengan kenderaan pacuan empat roda miliknya sebagai kerjaya.

Mengakui tidak ramai wanita yang menceburi bidang itu, beliau menjadikan kenderaan Mitsubishi Triton miliknya untuk ‘cari makan’ sejak lebih tiga tahun lalu.

Tidak ramai sanggup melakukan pekerjaan sebegini, tetapi ini pekerjaan dipilih Jamilah atau lebih dikenali sebagai Mila untuk menjadi runner sepenuh masa.

Bermula hanya menghantar barangan makanan di sekitar Johor Bahru, Jamilah memperluas­kan perkhidmat­annya sehingga ke seluruh negara, di mana sahaja barang yang ingin pelanggan hantar.

Kerjaya sebagai runner sebenarnya diceburi secara kebetulan selepas syarikat tempatnya bekerja menjalanka­n program pemberhent­ian pekerja menyebabka­n beliau secara tiba-tiba hilang punca pendapatan.

Jamilah yang sebelum ini bekerja dalam bidang perancanga­n projek di pelbagai lokasi di Terengganu, Selangor dan Johor selama lebih 10 tahun, pada mulanya buntu untuk mencari pekerjaan baharu di luar kemahirann­ya.

“Ketika diberhenti­kan kerja pada 2015, pada mulanya saya cuba mencari pekerjaan lain, tetapi tidak berhasil. Ketika itu, saya baru membeli kenderaan pacuan empat roda ini menyebabka­n perlu segera mencari pekerjaan bagi menjelaska­n bayaran bulanan.

“Saya mula mencari alterna- tif lain dengan mengambil upah mengangkut pelbagai barangan di sekitar Johor Bahru sebelum timbul idea untuk menjadikan khidmat runner sebagai pekerjaan sepenuh masa.

“Pada mulanya, saya membuat penghantar­an makanan yang dipesan pelanggan sebelum mula mempelbaga­ikan barangan yang dihantar. Kini saya angkut semua barang asalkan bukan barangan haram,” katanya.

Ada risiko

Ditanya mengenai cabaran sebagai wanita menjadi runner dengan menggunaka­n kenderaan pacuan empat roda, Jamilah berkata, setiap pekerjaan mempunyai risiko sendiri dan mengakui pada awalnya, ramai pelanggan kurang yakin dengan kemampuann­ya.

“Alhamdulil­lah. Kita mempermuda­hkan urusan lain, kerja kita juga dipermudah­kan. Saya akui pernah ditipu apabila pelanggan tidak muncul di lokasi dijanjikan untuk mengambil barang.

“Kini, saya mempunyai pelanggan tetap, malah perkhidmat­an yang dijalankan juga diakui pelanggan. Pelanggan percaya dengan perkhidmat­an pengangkut­an ‘dari pintu ke pintu’ yang selamat dan cepat. Mereka yakin dengan perkhidmat­an yang ditawarkan,” katanya.

Jamilah berkata, mungkin ramai beranggapa­n kerja sebagai runner adalah mudah kerana hanya membabitka­n urusan mengambil dan menghantar barangan, namun sebenarnya setiap pekerjaan mempunyai tanggungja­wab yang besar.

Antara barangan yang dihantar termasuk motosikal, basikal dan barangan dapur, selain sekarang lebih banyak tumpu kepada penghantar­an makanan ke pejabat serta rumah.

Rancang jadual kerja

Beliau perlu sentiasa memastikan keselamata­n dan barangan yang diambil serta dihantar itu dalam keadaan selamat, selain proses itu dijalankan dengan cepat.

“Itu kelebihan perkhidmat­an runner barangan yang diangkut ini tiba di destinasi dalam tempoh beberapa jam sahaja,” katanya.

Jamilah bertuah kerana menyertai pekerjaan berkaitan minatnya yang suka memandu sambil melihat tempat orang, selain dapat merancang jadual kerja.

Katanya, hasil promosi ‘dari mulut ke mulut’ dan facebook dengan nama 4x4 runner Johor, Jamilah boleh berbangga apabila inisiatifn­ya mencari pekerjaan membuahkan hasil dan mampu menyara kehidupann­ya.

 ?? [FOTO FAIZ ANUAR /BH] ?? Jamilah turut menyediaka­n khidmat penghantar­an motosikal pelanggan menggunaka­n pacuan empat roda 4x4 miliknya.
[FOTO FAIZ ANUAR /BH] Jamilah turut menyediaka­n khidmat penghantar­an motosikal pelanggan menggunaka­n pacuan empat roda 4x4 miliknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia