Berita Harian

Wajar rampas harta bekas suami culas bayar nafkah

-

Kita menyambut baik penubuhan Mahkamah Khas Perkahwina­n, Hadhanah dan Nafkah dijangka beroperasi pada Mei depan yang antara lain mempunyai kuasa menyita harta suami culas membayar nafkah kepada bekas isteri. Sekurang-kurangnya nasib ibu tunggal terbela dengan kaedah pembayaran nafkah oleh bekas suami lebih sistematik, teratur dan tepat pada waktunya. Jika tidak, harta bekas suami boleh dirampas, sesuatu tindakan wajar kerana banyak kes lelaki tidak mematuhi perintah mahkamah membayar nafkah kepada bekas isteri dan anak selama ini. Namun, satu lagi perkara perlu diberi perhatian ialah isu wanita ‘tergantung tanpa tali’ kerana menunggu kes di mahkamah yang lewat disebut atau dibicaraka­n. Diharap penubuhan mahkamah khas ini, boleh menangani isu ini juga dengan sebaik mungkin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia