Berita Harian

4 pekerja dituduh pecah amanah

-

Alor Gajah: Empat wanita kakitangan kaunter tiket sebuah taman tema air dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas tuduhan melakukan pecah amanah membabitka­n kerugian kira-kira RM100,000 dalam kejadian tahun lalu.

Tertuduh, Farina Mohd Yusof, 24; S Lalitha, 27; Norlina Sulaiman, 35 dan Zainah Jenal, 42, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa bersama-sama sebagai kakitangan kaunter tiket taman air A’famosa didapati membuat cetakan tiket pendua secara berulang kali tanpa pengetahua­n dan kebenaran syarikat bernilai RM100,000.

Rayu ikat jamin dikurang

Perbuatan berkenaan dilakukan tertuduh di kaunter tiket taman tema air A’famosa Alor Gajah, di sini, antara 1 hingga 30 April tahun lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 14 tahun, sebat dan denda jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Rohaiza Zainal, mencadangk­an jumlah jamin RM30,000 diberikan setiap tertuduh.

Bagaimanap­un, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu supaya jumlah jaminan dikurangka­n dengan alasan perlu menanggung ahli keluarga. Mahkamah tetapkan 12 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia