Berita Harian

SUNGAI KIM KIM KINI SELAMAT, TIADA LAGI BAHAN BERBAHAYA

Pemantauan diteruskan selama 15 hari lagi

- Oleh Mohamed Farid Noh

Kawasan Sungai Kim Kim sejauh 1.5 kilometer (km) yang tercemar dengan sisa kimia berbahaya sejak 7 Mac lalu, kini disahkan selamat, kata Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin.

Beliau berkata, pengesahan itu diberikan berikutan tiada gas berbahaya dikesan di sungai berkenaan, selepas kerja pembersiha­n dimulakan sejak lima hari lalu selesai.

Susulan itu katanya, beliau akan turun ke lokasi tercemar selepas ini tanpa memakai penutup hidung dan mulut, bagi membuktika­n Sungai Kim Kim selamat.

“Bagaimanap­un, pemantauan di Sungai Kim Kim akan terus dijalankan sehingga 15 hari lagi, bagi memastikan kualiti udara di situ benar-benar bebas gas berbahaya.

Bersihkan air sungai

“Sejumlah 1,500 tan air sungai dan 900 tan enap cemar dengan sisa kimia berbahaya sudah dibersih dan akan dilupuskan dari Sungai Kim Kim.

“Hanya 490 lagi beg jumbo sisa kimia tercemar masih ada di lokasi dan akan dilupuskan di kilang yang dilesenkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan sisa akhirnya akan diserahkan kepada JAS bagi pelupusan akhir,” katanya pada sidang media di Sungai Kim Kim, di sini, semalam.

Jejas 4,000 penduduk

Pencemaran toksik di Sungai Kim Kim yang berlarutan sejak 7 Mac lalu menjejaska­n kira-kira 4,000 penduduk, termasuk pelajar sekolah sehingga 111 sekolah di sini, diarahkan ditutup sementara.

Sementara itu, Bee Yin berkata, laporan penuh termasuk kaedah pembersiha­n dan kualiti udara akan diumumkan pada sidang media hari ini.

“Saya juga akan membentang­kan laporan pencemaran sisa kimia di dua lokasi baharu di Sungai Sembilang dan Sungai Masai, esok (hari ini) selepas memperinci­kan laporan JAS, selain bila dalang pencemaran Sungai Kim Kim akan didakwa” katanya.

 ??  ??
 ?? [FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM/BH] ?? Bee Yin membuat lawatan ke Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, semalam, sambil diiringi Pengarah JAS Johor, Datuk Dr Mohammad Ezanni Mat Salleh (kiri).
[FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM/BH] Bee Yin membuat lawatan ke Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, semalam, sambil diiringi Pengarah JAS Johor, Datuk Dr Mohammad Ezanni Mat Salleh (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia