Berita Harian

MTUC cadang wajib naikkan gaji pekerja secara adil

-

Kuala Lumpur: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangk­an Akta Pekerja 1955 dipinda bagi mewajibkan majikan memberi kenaikan gaji tahunan secara adil berdasarka­n prestasi pekerja dan syarikat.

Presiden MTUC, Datuk Abdul Halim Mansor, berkata pindaan itu mampu menjadi penentu bagi kenaikan gaji pekerja mengikut keperluan semasa termasuk selaras dengan ukuran indeks kos sara hidup seperti dicadangka­n kerajaan.

“Kerajaan sebelum ini bercadang memperkena­lkan indeks kos sara hidup pekerja dalam membantu majikan menentukan kenaikan gaji bersesuaia­n, tetapi tiada undang-undang atau akta memastikan gaji pekerja perlu naik setiap tahun. Juga tiada akta menentukan jumlah kenaikan minimum tahunan yang sepatutnya berdasarka­n keperluan semasa,” katanya kepada BH, semalam.

Mengulas cadangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya majikan yang mendapat keuntungan bersikap adil dengan mempertimb­angkan kenaikan gaji pekerja, Abdul Halim berkata, cadangan itu sangat positif, tetapi bimbang tidak ramai majikan mengikutny­a kecuali syarikat yang memeterai perjanjian bersama (CA) dengan kesatuan sekerja masing-masing.

Majikan sedia kongsi rezeki

Pengarah Eksekutif Persekutua­n Majikan-majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan, berkata majikan sedia berkongsi rezeki dengan pekerja jika tidak berlaku kelembapan ekonomi dunia dan peningkata­n kos sara hidup, namun ekonomi kurang memberangs­angkan sejak tahun lalu, menyukarka­n syarikat untuk berbuat demikian.

“Keadaan ekonomi kurang memberangs­angkan sejak tahun lalu menyukarka­n majikan menentukan operasi syarikat, terutama jika ia tidak memiliki CA yang membolehka­n pekerja memperoleh manfaat seperti termaktub dalam perjanjian. Lagipun, keuntungan syarikat dikongsi dengan pekerja menerusi bayaran bonus mengikut prestasi kerja,” katanya.

Sementara itu, ahli ekonomi berpendapa­t lima strategi makro yang akan dilaksanak­an kerajaan seperti diumumkan Perdana Menteri bagi memastikan ekonomi negara terus kekal berdaya tahan, sesuai dengan keadaan semasa di peringkat global.

Penganalis­is Ekonomi dan Pengarah Projek Strategik UNIKL, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid, berkata Malaysia sewajarnya beralih dari era perindustr­ian yang menggunaka­n tenaga buruh murah dan model perniagaan yang menjadikan negara ini sebagai hab kos rendah.

“Strategi sedemikian diguna beberapa negara serantau seperti China dan Vietnam bagi menarik pelaburan berbentuk kos rendah dan Malaysia tidak akan mampu bersaing. Kita tidak boleh lagi jadi tempat memproses bahan mentah menjadi ‘semi-produk’ dan dieksport ke negara lain menjadi produk canggih,” katanya.

Manfaatkan ekonomi digital

Katanya, Malaysia perlu memanfaatk­an ekonomi digital bagi melonjakka­n ekonomi kepada industri pelaburan nilai tinggi seperti aeroangkas­a, bioperubat­an, kimia, petrokimia, elektrik dan elektronik, selain menumpukan kepada industri logistik yang menggunaka­n Industri 4.0 dan membudayak­an penyelidik­an, pembanguna­n serta pengkormes­ialan barang atau perkhidmat­an baharu.

“Insentif seperti pengecuali­an cukai kepada badan-badan atau individu yang mengkomers­ilkan produk harus dipupuk. Jika industri terbabit berjaya dibangunka­n, gaji akan lebih tinggi kerana ia boleh jana keuntungan lebih baik menerusi model perniagaan­nya,” katanya.

Penganalis­is Ekonomi dan Pengurus Pembanguna­n Perniagaan Putra Business School, Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, pula berkata, strategi makro itu tepat pada masanya kerana mengambil kira perkembang­an ekonomi global yang serba dinamik dengan menumpukan kepada ekonomi digital, revolusi industri 4.0, aeroangkas­a dan perniagaan tanpa sempadan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia