Berita Harian

Cukai gula biaya program sarapan percuma murid

Hasil kutipan bolehkan pelajar bertenaga mulakan sesi persekolah­an

- Oleh Rohaniza Idris, Hazwan Faisal Mohamad, Mahanum Abd Aziz dan Nora Mahpar bhnews@bh.com.my

Kerajaan akan menggunaka­n hasil kutipan cukai gula bagi membiayai kos menyediaka­n sarapan percuma dan sihat kepada murid sekolah mulai 1 Julai depan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Langkah itu bagi membolehka­n kanak-kanak sihat dan bertenaga untuk memulakan sesi persekolah­an,” kata Perdana Menteri.

Beliau yang menyampaik­an ucaptama pada program Invest Malaysia 2019 di sini semalam, turut memberi jaminan kerajaan tidak akan memperkena­lkan cukai baharu tahun ini kecuali cukai gula yang sudah diumum dan ditangguhk­an pelaksanaa­nnya itu.

“Penangguha­n pelaksanaa­n cukai (gula) itu bagi membolehka­n kerajaan meneliti mekanisme berkesan untuk memastikan pelaksanaa­n cukai bagi penjagaan kesihatan mencapai objektifny­a,” katanya.

Syor cukai minuman manis

Dalam Belanjawan 2019, kerajaan buat kali pertama mencadangk­an pelaksanaa­n cukai eksais 40 sen seliter pada minuman manis mengandung­i lima gram gula atau pemanis berasaskan gula bagi 100 mililiter (ml), termasuk buah-buahan dan jus sayuran dengan kandungan gula lebih 12 gram bagi 100ml.

Pelaksaan cukai itu pada mulanya dicadang dikuatkuas­akan 1 April ini, tetapi kemudian ditangguhk­an kepada 1 Julai depan bagi memberi masa secukupnya untuk pihak industri membuat persediaan.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, Jawatankua­sa Pembaharua­n Cukai (TRC) kini dalam proses akhir memuktamad­kan cadangan dalam meningkatk­an hasil cukai negara, mengurangk­an ketirisan cukai, mengakses ekonomi bawah tanah, meningkatk­an cukai pentadbira­n dan mencari sumber pendapatan baharu.

Tawar lebih 130 jenis insentif

“Kerajaan juga kini merasional­isasikan insentif cukai untuk pelaburan sebagai struktur pentadbira­n dan pentadbira­n semasa insentif pelaburan berpecah, mahal dan tidak berkesan,” katanya.

Dr Mahathir berkata, Malaysia kini menawarkan lebih 130 jenis insentif dikendalik­an 32 Agensi Promosi Pelaburan (IPA) yang mempunyai peranan dan tanggungja­wab masing-masing selain beberapa agensi yang diiktiraf kerajaan.

Beliau berkata, insentif akan diberikan kepada sektor yang sesuai dan bergantung kepada jenis pelaburan diperlukan negara dengan agensi yang terbabit dalam pemberian dan meluluskan insentif berkenaan akan turut diperkemas­kan.

Kerajaan juga, katanya, mengurangk­an kadar cukai korporat daripada 18 kepada 17 peratus untuk syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan modal berbayar bawah RM2.5 juta dan perniagaan dengan pendapatan bercukai tahunan bawah RM500,000.

“Untuk syarikat besar, biarpun kadar cukai sedikit lebih tinggi, kadar cukai sebenar yang dikenakan kurang daripada 10 peratus kesan beberapa insentif yang diberikan sebelum ini,” katanya.

Penangguha­n pelaksanaa­n cukai (gula) itu bagi membolehka­n kerajaan meneliti mekanisme berkesan untuk memastikan pelaksanaa­n cukai bagi penjagaan kesihatan mencapai objektifny­a” Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri

 ?? [FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI /BH] ?? Dr Mahathir ketika sesi soal jawab bersama Pengerusi Bursa Malaysia, Datuk Shireen Ann Zaharah Muhiudeen selepas menyampaik­an ucaptama pada Invest Malaysia 2019, di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI /BH] Dr Mahathir ketika sesi soal jawab bersama Pengerusi Bursa Malaysia, Datuk Shireen Ann Zaharah Muhiudeen selepas menyampaik­an ucaptama pada Invest Malaysia 2019, di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia