Berita Harian

7 projek pacu ekonomi Kedah

Infrastruk­tur baharu rangsang pembanguna­n, majukan negeri

- Oleh Suzalina Halid

Kerajaan Pusat meluluskan tujuh projek dan program berimpak tinggi di Kedah bernilai lebih RM3.6 bilion, termasuk pembinaan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kulim (KXP) yang membabitka­n pelaburan luar berjumlah RM1.6 bilion.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata semua projek itu diluluskan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mempengeru­sikan Mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaa­n Koridor Utara (NCIA) pada Isnin lalu.

“Projek semua pembinaan infrastruk­tur itu dijangka mampu menjadi pemangkin kepada Kedah mencapai kemajuan setanding negeri maju lain,” katanya pada sidang media selepas majlis perjumpaan khas bersama pegawai dan kakitangan kerajaan negeri dan Persekutua­n yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, di sini semalam.

Selain KXP, beliau berkata, projek berimpak tinggi lain ialah pembinaan Lebuhraya Koridor Utara Fasa 1A (Bandar Baharu-sungai Petani) dalam fasa satu serta Fasa 1B (Bandar Baharu-jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah) yang bernilai keseluruha­n RM1.7 bilion dalam fasa kedua.

Rapatkan jurang wilayah

Katanya, pembanguna­n Hab Industri Pembuatan dan Logistik di Sidam dekat Kulim pula membabitka­n peruntukan RM300 juta, manakala Program Kasih Ibu Darul Aman atau KIDA (RM30 juta), Perpustaka­an Digital Alor Setar (RM15 juta) serta kajian pembinaan Taman Industri Petro-kimia Gurun (RM2 juta).

“Antara teras Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke11 adalah merapatkan jurang antara wilayah, membabitka­n Sarawak, Sabah, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis agar tidak terpisah daripada arus pembanguna­n negara.

“Untuk mendepani cabaran ekonomi semasa, kerajaan menggubal dasar ekonomi baharu berteraska­n pertumbuha­n, menjamin kesaksamaa­n dan nilai keadilan yang dikongsi bersama rakyat Malaysia,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, kerajaan bersetuju memperkena­lkan program KIDA membabitka­n peruntukan RM30 juta setahun bagi menyediaka­n keperluan asas kepada keluarga miskin di Kedah, terutama di Baling, Sik, Yan dan Kota Setar.

“Sejumlah 5,482 keluarga miskin akan menerima kad pintar dengan jumlah kredit antara RM400 hingga RM500 sebulan bagi membolehka­n mereka membeli barangan keperluan di pasar raya.

“Selain itu, Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi meluluskan lebih RM1.13 bilion sebagai Peruntukka­n Pembanguna­n Negeri Kedah merangkumi 201 projek diteruskan dan 51 projek baharu,” katanya.

Imbangi kemajuan

Mengenai cadangan pembinaan lebuh raya dari Kedah ke Perak tanpa melalui Pulau Pinang, beliau berkata, projek itu akan dilaksanak­an di bawah Lebuhraya Koridor Utara Fasa 2 yang menghubung­kan Changkat Jering dan Bandar Baharu.

“Kita bukan hanya mahu tumpu pembanguna­n di satu daerah, tetapi mengimbang­i kemajuan ke kawasan yang belum dibangunka­n, khususnya pedalaman. Pembanguna­n tempang tidak memberi manfaat kepada rakyat. Kita mahu khazanah Kedah dibawa masuk dan dicurah ke kawasan pedalaman kerana rakyat kampung juga berhak menikmatin­ya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia