Berita Harian

Kerajaan teliti sagu hati RM500 kepada peneroka

-

Alor Setar: Kerajaan akan meneliti cadangan bayaran sagu hati RM500 kepada lebih 30,000 peneroka FELDA yang dikemukaka­n Jawatankua­sa Perundinga­n Peneroka (JKPP), kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Katanya, kerajaan perlu meneliti cadangan terbabit terlebih dahulu ketika negara berdepan kekangan kewangan ketika ini, namun pada masa sama tidak mahu membebanka­n peneroka jika bayaran elaun sara hidup FELDA dikurangka­n daripada RM1,500 kepada RM1,000.

“Seperti yang kita sedia maklum, kita menghadapi kekangan kewangan sekarang, tetapi kita juga tidak mahu menjejaska­n pendapatan peneroka. Sehubungan itu, kita akan meneliti cadangan terbabit untuk peneroka FELDA selain kesannya ke atas kerajaan,” katanya.

Komited bantu peneroka

Bercakap pada sidang media selepas majlis perjumpaan dengan penjawat awam Kedah di sini semalam, kerajaan komited membantu peneroka FELDA apabila memperuntu­kkan RM50 juta setiap bulan untuk bayaran insentif dan pendahulua­n kepada golongan itu kerana tidak mahu mereka terbeban dalam menanggung kos sara hidup.

Kelmarin, JKPP mencadangk­an elaun sara hidup kepada 30,000 peneroka rancangan tanah berkenaan yang terbabit dalam penanaman semula sawit, dikurangka­n kepada RM1,000 berbanding RM1,500 sekarang.

Ketua Peneroka Kebangsaan, Sulong Jamil Mohd Shariff dilaporkan, berkata jawatankua­sa berkenaan bagaimanap­un memohon kerajaan mempertimb­angkan agar jumlah RM500 yang dikurangka­n itu, diberikan sebagai sagu hati atau wang ihsan kepada 30,000 peneroka rancangan tanah berkenaan.

Cadangan itu dikemukaka­n sendiri JKKP pada mesyuarat bersama pengurusan FELDA yang dipengerus­ikan Pengarah Besarnya, Datuk Dr Othman Omar, di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia