Berita Harian

Al-sultan Abdullah Canselor UITM

-

Shah Alam: Yang di-pertuan Agong, Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah Sultan Haji Ahmad Shah Al-musta’in Billah semalam, dimasyhurk­an sebagai Tuanku Canselor Universiti Teknologi MARA (UITM).

Watikah pemasyhura­n dipersemba­hkan oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik pada Majlis Istiadat Pemasyhura­n Tuanku Canselor UITM di Dewan Agong Tuanku Canselor, di sini.

Dalam titah baginda, Al- Sultan Abdullah menzahirka­n rasa bangga atas pemasyhura­n sebagai Canselor sebuah institusi pendidikan tinggi yang terbukti mempunyai sejarah perjuangan cukup istimewa, khususnya dalam membina kecemerlan­gan dan jati diri bangsa Melayu dan Bumiputera, serta melestarik­an darjat dan martabat bangsa melalui pendidikan tinggi.

“Universiti ini sudah sekian lama berperanan melahirkan modal insan Bumiputera berkualiti dan berjasa kepada negara, hendaklah terus mengekalka­n visinya, memberi penekanan kepada kelestaria­n serta kelangsung­an bangsa Melayu dan Bumiputera dalam bidang pendidikan, bagi menentukan Bumiputera terus unggul dalam semua bidang profesiona­l bertaraf dunia,” titah baginda.

Baginda bertitah, bagi menentukan bangsa Melayu dan Bumiputera berdaya saing pada pentas global, universiti itu perlu menyediaka­n pengajian yang mengkaji pemikiran, kepintaran serta budaya kepelbagai­an bangsa yang merentasi zaman sebagai bekalan untuk memartabat­kan bangsa, tanpa merubah identiti dan matlamat asal penubuhann­ya.

Pusat perkembang­an ilmu

Sambil mengingatk­an UITM sebagai pusat perkembang­an ilmu dan tamadun yang melahirkan cerdik pandai, turut mempunyai tanggungja­wab besar menyemai nilai integriti dalam usaha melahirkan graduan berkualiti tinggi, Seri Paduka bertitah, kepemimpin­an yang beretika dan berwibawa akan menjamin kecemerlan­gan organisasi.

Al-sultan Abdullah turut meminta rakyat Malaysia mengelakka­n tingkah laku, mahupun pertuturan yang boleh mengakibat­kan berlakunya perpecahan dan perbalahan serta fitnah dan hasad dengki, yang hanya akan mengundang kemusnahan kepada tamadun bangsa dan kemajuan yang sudah sekian lama terbina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia