Berita Harian

Syor nyanyi lagu Malaysia Bersih dalam program rasmi kerajaan

-

Dr Mahathir Mohamad semalam, menyaranka­n agar lagu Malaysia Bersih dinyanyika­n dalam acara tertentu dan program rasmi kerajaan selepas lagu Negaraku dinyanyika­n.

Perdana Menteri berkata, Jawatankua­sa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) mencadangk­an nyanyian lagu berkenaan, bagi menyemai dalam hati semua kakitangan awam mengenai pentingnya membebaska­n negara daripada gejala rasuah.

“Kita akan nyanyikan lagu Negaraku disusuli lagu Malaysia Bersih kerana kita ingin semai dalam hati semua anggota kerajaan, akan pentingnya kita bebaskan negara daripada rasuah.

“Ia supaya kita tidak lagi dikenali sebagai negara kleptokras­i dan kembali menjadi negara demokrasi,” katanya selepas mempengeru­sikan Mesyuarat JKKMAR Ke-7 di sini, semalam.

Isu kem tentera

Dalam perkembang­an lain, Dr Mahathir berkata, wujud pembinaan kem tentera atas perintah pemimpin Barisan Nasional (BN) ketika era kerajaan terdahulu, bagi memindahka­n pengundi atas dasar kepentinga­n politik mereka, iaitu di Hutan Melintang, Perak dan Paloh di Johor, yang bukan atas kehendak ATM.

“Kita kenal pasti ada cara jual tanah mengikut cara tidak benar, dengan tujuan untuk membina kem tentera.

“Kem tentera ini dibina untuk tujuan pilihan raya supaya askar boleh ditempatka­n di kem berkenaan dan mengundi di kawasan itu.

“Ini adalah satu kesalahan, tetapi kita dapati banyak tanah (tentera) yang dibuat dengan cara land swap ini.

“Ia supaya tanah ini cepat dibina (dengan kem tentera). Ada kes selepas pilihan raya umum, kem ini kosong,” katanya mengulangi pendedahan oleh Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu pada bulan lalu, mengenai pembinaan dua kem tentera yang didapati bukan keperluan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sebelum ini, Kementeria­n Pertahanan turut menyerahka­n laporan siasatan dalaman membabitka­n land swap dua kem tentera terbabit kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), selepas didapati ia merugikan kerajaan dan mengancam kepentinga­n strategik negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia