Berita Harian

75,352 pesara terima RM500

Bayaran khas secara one off diharap penuhi keperluan penerima

- Oleh Siti A’isyah Sukaimi

Seramai 75,352 penerima pencen di bawah RM1,000 sebulan akan menerima bayaran khas RM500 secara one-off bermula hari ini.

Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) dalam kenyataan semalam berkata, bayaran bantuan itu dilaksanak­an selaras dengan Belanjawan 2019 yang dibentangk­an pada 2 November lalu.

“JPA bersama Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) sudah mengenal pasti senarai penerima pencen di bawah RM1,000 bagi memastikan bantuan secara one-off atau sekali beri ini dibayar kepada penerima pencen yang layak.

“Hasil semakan mendapati seramai 75,352 penerima pencen di bawah RM1,000 layak menerima bayaran bantuan berkenaan,” katanya.

Semakan menyeluruh melalui pelbagai agensi

Dalam pada itu, JPA memaklumka­n, semakan secara menyeluruh dibuat melalui pelbagai agensi antaranya Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Jabatan Akauntan Negara, Bendahari Negeri, Pertubuhan Keselamata­n Sosial Malaysia (PERKESO), Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) dan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ).

Mengulas lanjut, kenyataan itu menjelaska­n keprihatin­an kerajaan dalam melaksanak­an pembayaran sebanyak RM500 itu diharap dapat memberi keselesaan dan memenuhi keperluan semasa pesara kerajaan yang terbabit.

Katanya, untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai pembayaran bantuan, boleh menghubung­i talian 03-88854648/ 4432/4667 pada hari bekerja mulai jam 9 pagi hingga 5 petang atau e-mel kepada bantuanone­off@jpa.gov.my.

JPA bersama Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) sudah mengenal pasti senarai penerima pencen di bawah RM1,000 bagi memastikan bantuan secara one-off atau sekali beri ini dibayar kepada penerima pencen yang layak” Kenyataan JPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia