Berita Harian

Syor baucar makanan, bantuan sara hidup pelajar miskin

-

Kuala Lumpur: Kerajaan digesa mewujudkan program baucar makanan dan bantuan sara hidup untuk pelajar miskin sebagai usaha jangka panjang menyelesai­kan masalah siswa ‘mengikat perut’ kerana kelaparan.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya, Mohd Akmal Hazieq Ahmad Rumaizi, berkata usaha kerajaan menyediaka­n food bank adalah langkah yang baik, tetapi dibimbangi ia hanya berlaku ketika isu itu timbul di akhbar dan media massa lain.

“Isu mahasiswa ikat perut bukan berlaku sehari, tetapi ia berlaku setiap hari, setiap bulan. Oleh itu, usaha membantu mereka secara harian perlu dilaksanak­an, bukannya sekadar bermusim.

“Saya mencadangk­an pihak swasta atau individu yang ingin membantu menawarkan bantuan secara minggu bergilir sepanjang semester bagi memastikan isu mahasiswa ikat perut dapat diselesaik­an setiap hari,” katanya.

Beliau mengulas pendedahan BH mengenai nasib pelajar Universiti Malaya (UM) terpaksa menahan lapar kerana kesempitan kewangan sejak Ahad lalu, mendapat perhatian Kabinet yang mahu bantuan segera dihulur kepada mahasiswa memerlukan di semua universiti awam (UA).

Kerajaan meluluskan peruntukan RM3 juta kepada program Food Bank Malaysia untuk diperluask­an ke kampus UA, manakala Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bertanggun­gjawab mengendali­kan program mengedar bekalan makanan kepada golongan sasaran.

Mohd Akhmal Hazieq berkata, kerajaan juga perlu memperkena­lkan bantuan khas kepada golongan B40.

Bantuan khusus

“Pada masa sekarang bantuan kepada semua pelajar universiti diumum RM100 untuk setahun untuk semua golongan pendapatan keluarga B40, M40 dan T20.

“Namun, bantuan khusus kepada golongan B40 perlu diperkasak­an segera dengan memberi sekurang-kurang RM300 sebulan kepada golongan B40 yang pendapatan keluarga bawah RM1,000.

Sementara itu, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjun­g (GPMS), Mohd Alif Anas Md Noor, berkata konsep dewan makan seperti diamalkan berdekad lalu antara kaedah yang boleh diwujudkan semula bagi membantu pelajar miskin.

Katanya, mekanisme cash assistant programme (CAP) juga boleh dilaksanak­an untuk mengatasi isu berkenaan.

“GPMS mahu dikembalik­an semula kad diskaun siswa bernilai RM300 atau menambah nilai bantuan Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) berjumlah RM100 bagi setiap pelajar.

Bantuan sara hidup pelajar

“Program seperti dilaksanak­an UITM sekitar 2005 hingga 2006 yang mana setiap pelajar diberi peruntukan RM4 sehari untuk membeli makanan di Dewan Makan UITM perlu dikembalik­an,” katanya.

Pengerusi Keilmuan Nasional, Zambri Mohd Isa, pula berkata sudah tiba masanya kerajaan memperkena­lkan bantuan sara hidup untuk pelajar miskin bagi menyelesai­kan masalah mereka untuk jangka masa panjang.

Katanya, universiti wajar menyediaka­n tabung khusus bagi me- mudahkan pihak terbabit, termasuk alumni, menghulur bantuan kewangan untuk pelajar miskin.

“Dalam hal membantu pelajar miskin ini ketepikan persoalan kekurangan peruntukan, kerajaan ketepikan soal hutang negara sebaliknya bantu golongan miskin ini,” katanya.

Sementara itu, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik membuat lawatan mengejut ke Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah (Kolej Kediaman Ke-12) di Universiti Malaya (UM), di sini, kelmarin.

Lawatan itu susulan laporan khas yang mengetenga­hkan isu pelajar di universiti itu yang terpaksa mengikat perut kerana berdepan tekanan kos sara hidup.

“Dalam lawatan itu, saya bertemu dengan mahasiswa di kolej berkenaan dan bertanya sendiri mengenai masalah yang dihadapi mereka berkaitan kos sara hidup.

“Kementeria­n Pendidikan memandang serius laporan akhbar terbabit (BH) berhubung isu itu dan kita sedang merangka serta menambah baik program bantuan terkini dengan kerjasama UM,” katanya dalam kenyataan, semalam.

 ??  ?? Maszlee berbual dengan pelajar ketika lawatan mengejut di Kolej Kediaman Ke-12 UM, kelmarin. BH
Maszlee berbual dengan pelajar ketika lawatan mengejut di Kolej Kediaman Ke-12 UM, kelmarin. BH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia