Berita Harian

UKM perintis perkenal ‘food bank’

Fakulti Perubatan sedia pek, baucar makanan

- Oleh Mahani Ishak

Pelbagai bantuan disediakan Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi ikhtiar membantu penuntutny­a yang tidak berkemampu­an daripada berlapar, tertunggak yuran atau kesempitan wang.

Penolong Dekan Hal Ehwal Siswa dan Alumninya, Prof Madya Dr Isa Naina Mohamed, berkata bantuan itu dikhususka­n kepada pelajar daripada keluarga berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40) selain ditumpukan kepada mahasiswa yang ada adik-beradik ramai.

“Setiap hari di fakulti ini kita menyediaka­n 30 pek makanan tengah hari menerusi Program Makanan Percuma khusus untuk pelajar Tahun Satu, sementara 200 lagi pelajar disenaraik­an bagi mengambil bekalan makanan segera melalui food bank.

“Pada masa sama, kita menyediaka­n baucar makanan bernilai RM5 yang diletakkan di papan kenyataan kafeteria, boleh diambil pelajar yang tiada duit saku,” katanya kepada BH, semalam.

Ahad lalu, BH melaporkan hampir 1,000 penuntut Universiti Malaya (UM) terpaksa mengikat perut, makanan sekali sehari, kerap berpuasa atau mencatu makanan berikutan kekangan kewangan.

Kesempitan hidup itu bukan saja di universiti terbabit tetapi dirasai pelajar institusi pengajian tinggi lain daripada keluarga B40 itu yang terpaksa berjimat cermat demi meneruskan pengajian.

Terima RM2,000

Dr Isa Naina berkata, bentuk program sedemikian diperkenal­kan fakulti itu sejak empat atau lima tahun lalu bertujuan membantu penuntut miskin dan B40, selain menawarkan bantuan zakat bagi tujuan membiayai yuran pengajian dan penginapan kolej.

“Dianggarka­n seorang pelajar Tahun Satu menerima bantuan RM2,000, selain bantuan makanan bagi mengelakka­n mereka kesempitan wang berikutan kos pengajian tinggi, kehidupan di bandar dan keluarga banyak tanggungan.

“Menerusi food bank di fakulti ini, UKM menjadi universiti perintis kepada pengenalan food bank di Universiti Awam (UA) dengan kebanyakan makanannya disumbangk­an pasar raya, industri perhotelan atau kilang makanan di mana 200 pelajar yang senaraikan boleh mengambiln­ya sebagai sumber makanan harian,” katanya.

Beliau berkata, 200 daripada 1,000 penuntut Fakulti Perubatan tersenarai dalam pelajar yang perlu dibantu berikutan latar belakang keluarga tidak berkemampu­an, ramai adik-beradik dan kekangan kewangan lain.

Sedia bantuan zakat

“Justeru, kita membantu mereka menerusi bantuan zakat kerana lazimnya penuntut memerlukan perbelanja­an membeli peralatan klinikal berharga mahal, tiada duit belanja dan membantu mereka yang mengulangi semester.

“Bagi pelajar bukan Islam, bantuan diberikan daripada Tabung Kebajikan Pelajar UKM untuk membiayai yuran pengajian dan bayaran kolej yang dianggarka­n maksimum RM1,300 bagi satu semester,” katanya yang kebanyakan bantuan itu diperoleh daripada Persatuan Alumninya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia