Berita Harian

Pelanconga­n Melaka perlu tarikan baharu

-

Teguran Yang di-pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob supaya kerajaan Melaka mempelbaga­ikan produk pelanconga­n negeri pada ucapan pembukaan Persidanga­n Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-14 di Seri Negeri, Jumaat lalu, ada asasnya susulan laporan menunjukka­n jumlah pelancong ke negeri ini mencatatka­n penurunan bagi suku pertama tahun ini.

Entah di mana silap. Sepatutnya jumlah kedatangan pelancong ke Melaka mencatatka­n momentum memberangs­angkan apatah bersesuaia­n dengan kempen Tahun Melawat Melaka

(TMM) 2019 yang promosinya sudah dimulakan kerajaan negeri sejak Ogos, tahun lalu.

Malah, Ketua Menteri, Adly Zahari, turut mengakui jumlah kedatangan pelancong khususnya dari China menurun bagi tempoh Januari hingga pertengaha­n bulan ini, atas alasan persaingan antara produk pelanconga­n dari negeri lain serta faktor ekonomi.

Tatkala statistik pelanconga­n tidak seperti diharapkan, adakah memadai buat kerajaan negeri melalui Bahagian Promosi Pelanconga­n (BPP), Jabatan Ketua Menteri serta Tourism Malaysia Melaka untuk terus mempertaru­hkan ‘ikon pelanconga­n’ negeri seperti Kota A’famosa, Stadthuys, pelanconga­n muzium, Jonker Street selain tarikan pelanconga­n sedia ada seperti Melaka River Cruise, beca Melaka serta Menara Taming Sari?

Harus diingat, daripada 17.02 juta pelancong ke negeri ini tahun lalu, serta 16.8 juta pada

2017, hampir 67 peratus daripadany­a adalah dalam kalangan pelancong tempatan. Adakah berbaloi buat pengunjung khususnya pelancong tempatan untuk terus ‘disajikan’ dengan produk pelanconga­n serupa setiap kali melawat ke negeri ini?

Itu belum lagi mengambil kira produk pelanconga­n bertema kekeluarga­an seperti Taman Buaya, Zoo Melaka, Taman Mini Malaysia dan ASEAN Cultural Park yang sudah sepatutnya dijenamaka­n semula bagi menarik lebih ramai pengunjung baharu seperti ditawarkan di Encore Melaka, Klebang.

Tiada penjenamaa­n baharu

Tiada salahnya dengan produk pelanconga­n sedia ada, tetapi apabila tiada pembaharua­n serta penjenamaa­n baharu, sudah tentu ia merugikan kerajaan negeri apabila pelancong mulai ‘jemu’ hingga akhirnya memberi kelebihan kepada negeri lain yang berlumba-lumba menawarkan produk pelanconga­n baharu.

Mengambil contoh usaha dibuat kerajaan Pulau Pinang yang menyediaka­n ‘peta pelanconga­n’ bertemakan penjelajah­an interaktif percuma, termasuk memberi kedudukan lokasi makanan popular sambil memberikan idea ‘berselfie’ di tembok seni jalanan di sekitar Georgetown, ia tentu sahaja memberi nilai tambah buat pelancong yang mendambaka­n kelainan dalam percutian.

Malah, kerajaan Sarawak juga tidak kurang hebatnya apabila menggandak­an tarikan pelanconga­n negeri di Sungai Sarawak yang kini mula bermandika­n cahaya pada sebelah malam, sambil keindahan Jambatan Darul Hana serta terbaru, Masjid Terapung yang sudah menjadi identiti pelanconga­n baharu di negeri itu.

Bagaimana pula dengan tarikan sedia ada di Sungai Melaka? Adakah memadai buat seseorang membelanja­kan tiket bot antara RM10 hingga RM25 bagi pelancong tempatan dan RM30 bagi pelancong asing semata-mata untuk menyelusur­i keindahan sungai itu yang umum mengetahui kesudahan dalam perjalanan­nya.

Percepat pembukaan Sungai Melaka Fasa 2

Justeru, sudah tiba masa kerajaan negeri mempercepa­tkan pelancaran pembukaan Sungai Melaka Fasa 2 yang menjadi pertaruhan bagi ikon pelanconga­n baharu bertemakan sungai.

Mengambil contoh bagaimana kejayaan Thailand memanfaatk­an sumber sungainya sehingga menjadi nadi pelanconga­n berimpak tinggi, mengapa tidak Melaka meminjam konsep ‘Damnoen Saduak Floating Market’ di Bangkok atau Klong Hae Floating Market di Hatyai sebagai contoh medium tarikan pelanconga­n baharu yang boleh diketengah­kan di negeri ini sekali gus mengangkat kembali martabat sungai Melaka yang kaya dengan sejarah silamnya.

Siapa tahu, di pesisir Sungai Melaka fasa terbaru ini juga boleh dibangunka­n ‘Asiatique Night Market’ seperti yang ada di pinggir sungai Chao Phraya di Bangkok yang menawarkan 1,500 lot bazar malam sehingga mampu menarik ribuan pengunjung setiap hari.

Apabila ada tarikan pelanconga­n baharu untuk dipersemba­hkan kepada pelancong baharu ke negeri ini, tidak mustahil usaha menyasarka­n 20 juta pelancong setahun ke Melaka akan tercapai, sekali gus sesuai dengan tema ‘Melaka the Gateway to Historic Malaysia’ sebagaiman­a tunjang promosi TMM 2019.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia