Berita Harian

Naratif kebencian dihidang Barat semarak Islamofobi­a

-

Jumaat lalu, kita dikejutkan dengan tragedi berdarah yang menimpa saudara seagama kita di Christchur­ch, New Zealand. Seorang lelaki kulit putih berbangsa Australia masuk ke dua masjid dan menembak secara rambang ke arah jemaah ketika mereka sedang menunaikan solat Jumaat.

Hakikatnya, umat Islam sentiasa menjadi mangsa jenayah kebencian di negara mereka menjadi minoriti. Kes di Christchur­ch bukanlah kes baharu menimpa umat Islam. Sejak 2001, jenayah kebencian membabitka­n umat Islam meningkat secara mendadak di beberapa negara Barat.

Di Amerika Syarikat, statistik jenayah kebencian dilaporkan Biro Penyiasata­n Persekutua­n (FBI) menunjukka­n 546 kes pada 2001 dan purata 159 kes tahun berikutnya. Ini jauh meningkat berbanding 31 kes purata setiap tahun dilaporkan sebelum 2001.

Begitu juga di Eropah, jenayah kebencian membabitka­n umat Islam sentiasa berlaku di beberapa negara seperti United Kingdom, Norway, Poland, Sweden, Perancis dan Denmark. Sebanyak 546 jenayah kebencian membabitka­n orang Islam sebagai mangsa dilaporkan di Sepanyol dan 664 kes berlaku di Poland pada 2017.

Di Perancis pula, 419 kes diskrimina­si, 39 kes keganasan dan 25 kes vandalisme membabitka­n umat Islam dilaporkan pada 2015. Malah ada di antaranya membabitka­n pembunuhan. Di Perancis, seorang lelaki Muslim ditikam sehingga mati pada 2015, sambil pelakunya menjerit “I am your Islam” ketika menikamnya.

Di United Kingdom, seorang lelaki Muslim berusia 81 tahun dipukul sehingga mati ketika dalam perjalanan ke masjid bagi menunaikan solat Subuh pada 2015. Pada 2017 pula, seorang mati dan 10 tercedera selepas van meluru dan melanggar mereka sejurus keluar dari Masjid di Utara, London.

Negara Asia juga tidak terkecuali. Di India, daripada 3,035 kes jenayah kebencian dilaporkan di DOTO Database, 1,892 kes membabitka­n orang Islam. Di Myanmar, warga Muslim Rohingya terus menjadi mangsa kezaliman dan penindasan etnik Rakhine, yang majoriti beragama Buddha.

Ironinya di sebalik semua data dilaporkan di atas, orang Islam sentiasa digambarka­n sebagai pengganas dan Islam dituduh sebagai agama yang menganjurk­an keganasan. Barat menggambar­kan Islam sebagai agama pengganas, dinisbahka­n kepada tindakan golongan ekstremism­e pengganas seperti ISIS dan Al-qaeda sebagai ajaran Islam.

Salah tafsir maksud jihad

Mereka menyalah tafsir maksud jihad sebagai perjuangan Islam untuk melakukan keganasan dan membunuh orang bukan Islam. Mereka juga menggambar­kan negara Islam yang mengamalka­n undang-undang Islam, seperti Arab Saudi dan Iran sebagai zalim dan melanggar hak asasi.

Media Barat saban hari menyiarkan keganasan dilakukan golongan ekstremis pelampau, sambil menyifatka­n ia sebagai apa yang dinamakan Muslim Terrorist. Ahli politik yang berhaluan ekstrem kanan (far-right) seperti Geert Wilders dan Fraser Anning sentiasa menyemarak­kan kebencian terhadap Muslim dan imigran melalui bait ayat dalam ucapan politik mereka.

Di Malaysia ada ahli politik yang menggambar­kan penyatuan Islam sebagai pengisytih­aran perang terhadap bukan Islam dan menyifatka­nnya sebagai Taliban. Tindakan ini sekali gus menyemarak­kan fahaman Islamofobi­a kepada masyarakat bukan Islam yang tidak memahami Islam sebenar, sehingga mengundang ketakutan dan kebencian serta mendorong mereka melakukan jenayah kebencian terhadap umat Islam, khususnya imigran yang tinggal di negara yang minoriti.

Sekalipun Islam terus digambarka­n sebagai pengganas, hakikatnya kita tidak pernah mendengar kes diskrimina­si, jenayah kebencian atau pembunuhan membabitka­n orang bukan Islam di negara majoriti Muslim. Kita tidak pernah mendengar berlaku pembunuhan mahupun keganasan membabitka­n rumah ibadat masyarakat bukan Islam di negara majoriti Muslim.

Malah, di Malaysia terletak patung Hindu ketiga tertinggi dunia di Batu Caves dan patung Buddha terbesar Asia Tenggara di Kelantan, sebuah negeri yang hampir 90 peratus masyarakat­nya Melayu Muslim dan kerajaanny­a dipimpin parti konservati­f Islam.

Islam sentiasa mengajar umatnya untuk melakukan kebaikan, menghormat­i jiran dan orang lain tanpa mengira agama, mengajar sikap ramah dan sopan santun, dan sentiasa berkasih sayang sesama manusia. Islam mengajar umatnya menyebarka­n kebaikan, seperti Rasulullah SAW yang diutuskan sebagai rahmat buat sekalian alam.

Umat Islam mangsa kebencian

Kasih sayang Islam itu sehingga ia meletakkan garis panduan sendiri dalam peperangan, yang di antaranya melarang pembunuhan ke atas wanita, orang tua dan kanak-kanak serta tidak merosakkan haiwan dan tumbuhan.

Namun, naratif kebencian dan prasangka buruk yang dihidangka­n oleh Barat melalui ahli politik dan media menyemarak­kan lagi Islamofobi­a dan kebencian terhadap Islam dan umatnya. Kesannya, umat Islam terus menjadi mangsa jenayah kebencian dan keganasan oleh mereka yang tidak memahami ajaran Islam yang sebenar.

Fahaman Islamofobi­a harus ditentang dan dijauhi segenap lapisan masyarakat. Fahaman inilah sebenarnya menjadi barah dan menghasilk­an ekstremism­e dan keganasan, sehingga mengakibat­kan pembunuhan kepada mereka yang tak bersalah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia