Berita Harian

Tapak Highland Towers bakal dibina banglo, taman rekreasi

Pembanguna­n bermula selepas baki dua blok kondominiu­m diroboh Jun depan

-

Laporan Mohd Anwar Patho Rohman, Luqman Arif Abdul Karim dan Ahmad Suhael Adnan

Tapak kondominiu­m Highland Towers di Taman Hillview, Ulu Klang, yang terbiar sejak 26 tahun lalu, bakal dibangunka­n dengan 50 unit banglo dan taman rekreasi.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata pembanguna­n akan bermula selepas baki dua blok kondominiu­m berkenaan dirobohkan, yang dijangka Jun depan.

Kekal nama Highland Towers

Katanya, nama Highland Towers akan dikekalkan kerana ia memiliki nilai sejarah tersendiri, selain bagi menarik pelancong tempatan dan asing.

“Berdasarka­n perancanga­n jangka panjang, pemaju yang juga pemilik tanah ketika ini sudah mempunyai ilustrasi pembanguna­n yang mahu didirikan, iaitu taman rekreasi dan 50 banglo.

“Banglo ini boleh dibangunka­n kerana ia bukan pembanguna­n berisiko, manakala taman itu akan memanfaatk­an penduduk sekitar kawasan,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Pada Ogos tahun lalu, Highland Towers dicadang dibangunka­n semula sebagai lokasi taman rekreasi, memandangk­an struktur tanah di kawasan itu tidak sesuai untuk pembinaan perumahan.

Tunggu laporan penuh Mei depan

Zuraida berkata, perobohan dua blok itu kini hanya menunggu laporan penuh Jawatankua­sa Pembanguna­n Semula Highland Towers pada minggu pertama Mei depan.

Katanya, ia akan memuktamad­kan aspek tanah dan struktur bangunan itu sebagai tidak selamat, selain memperinci­kan beberapa aspek perundanga­n.

Beliau berkata, kementeria­n kini menunggu pengurusan kes di mahkamah pada 4 April ini untuk membatalka­n 10 pemilikan di dua lagi blok bangunan itu.

“Majlis Perbandara­n Ampang Jaya (MPAJ) akan membawa kes ini ke mahkamah, dan bertanggun­gjawab merobohkan baki blok bangunan itu,” katanya.

Pada 11 Disember 1993, satu daripada tiga blok kondominiu­m Highland Towers runtuh dalam tragedi yang meragut 48 nyawa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia