Berita Harian

Penjawat awam melebihi Gred 48 tak boleh sertai kesatuan sekerja

-

awam melebihi Gred 48 tidak dibenarkan menyertai dan menyandang jawatan dalam kesatuan sekerja kerana wujud percanggah­an kepentinga­n, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata, garis panduan itu terpakai kerana penjawat awam dengan gred sedemikian terbabit dalam penggubala­n dan pentadbira­n dasar kerajaan.

Sehubungan itu, katanya, jawatan hakiki dipegang penjawat awam melebihi Gred 48 akan bercanggah dengan peranan mereka jika terbabit dalam pergerakan kesatuan sekerja.

“Gred 48 sahaja, ia terhenti di situ (penyertaan kesatuan sekerja) kerana peluang kenaikan pangkat selepas itu akan menyebabka­n mereka terbabit dalam pentadbira­n dasar.

“Oleh itu, mereka dengan sendirinya terhalang memegang apa-apa jawatan kerana ia percanggah­an kepentinga­n sebagai penjawat awam dan ahli kesatuan sekerja,” katanya di Dewan Rakyat.

Giat pinda akta

Beliau menjawab soalan Natrah Ismail (Ph-sekijang) mengenai sama ada kementeria­n berhasrat meminda Akta Kesatuan Sekerja 1959 untuk membenarka­n penjawat awam melebihi Gred DG48 menyandang jawatan dalam kesatuan.

Mahfuz berkata, pihaknya giat meminda akta berkenaan, namun ia tidak memberi kebenaran kepada penjawat awam melebihi Gred DG48 menyandang jawatan dan keahlian dalam kesatuan.

“Mereka boleh memohon kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) untuk memberi pengecuali­an mengikut Seksyen 27 Akta 262 bagi menyertai kesatuan sekerja atau menjadi anggota, namun tertakluk kepada sekatan perundanga­n berkaitan.

“Ada 19 kesatuan sekerja yang diberi pengecuali­an supaya penjawat awam boleh menyertain­ya, termasuk dalam kalangan guru,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia