Berita Harian

Raja Muda Selangor lancar MESP 2019

Kolaborasi MSU, NGO, korporat bagi memperkasa kelestaria­n alam sekitar

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddi­n Idris Shah, berkenan melancarka­n Management and Science University (MSU) Environmen­t Sustainabi­lity Project (MESP) 2019 membabitka­n kolaborasi pintar antara MSU, badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat korporat bertujuan memperkasa kelestaria­n alam sekitar, di sini semalam.

Program bertemakan ‘Nature Appreciati­on’ adalah inisiatif MSU untuk menyokong agenda global oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) terutama dalam membangunk­an kualiti alam sekitar dan kehidupan masyarakat mampan pada masa hadapan.

Pada majlis itu, Tengku Amir Shah berkenan menyaksika­n majlis pertukaran memorandum persefaham­an (MOU) antara MSU dengan Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA), Yayasan Hijau, Dorken Reef Resources, Kelab Warisan Sungai Klang, NAZ Medical Supplies Sdn Bhd dan Pertubuhan Perlindung­an Khazanah Alam Malaysia (PEKA).

Baginda turut menyaksika­n pelantikan sebagai rakan strategik MSU membabitka­n Markas 11 Briged Infantri, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Perhutanan Selangor dan Woman in Governance & Technology Associatio­n of Malaysia.

Selain itu, pelantikan turut membabitka­n Azam Perkasa Resources Sdn Bhd, Bumi Kenyalang Travel and Tours, MAEKO Mentari Alam EKO (M) Sdn Bhd, Dorsett Grand Subang, Cerna Minda, Tourism Selangor serta Taman Botani Shah Alam.

Yang turut hadir, Presiden MSU, Prof Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid; Naib Canselor MSU, Prof Puan Sri Dr Junainah Abd Hamid; Panglima Briged Infantri Ke-11 ATM, Brigedier Jeneral Datuk Dr Mohd Radzi Abdul Hamid dan Pengarah Jabatan Perhutanan Selangor, Datuk Dr Mohd Puat Dahalan.

Penuhi objektif global

Sementara itu, Prof Mohd Shukri dalam ucapannya berkata, MESP 2019 bermatlama­t menggalakk­an pembabitan warga universiti dan masyarakat dalam pelbagai aktiviti berbentuk memulihara alam sekitar serta adat kebudayaan sejajar memenuhi objektif global Matlamat Pembanguna­n Lestari oleh PBB.

Katanya, penganjura­n acara itu adalah bersempena dengan Sambutan Hari Hutan Sedunia peringkat antarabang­sa yang akan disambut esok.

“Program alam sekitar memerlukan sokongan berterusan daripada semua pihak termasuk pelajar kerana bukan sekadar subjek dan kurikulum semata-mata tetapi meluas, termasuk bagaimana untuk kita membina serta mengembang­kan lagi kesedaran mengenai perkara ini,” katanya.

 ?? [FOTO ROSLIN MAT TAHIR /BH] ?? Tengku Amir Shah berkenan melaksanak­an simbolik pelancaran MESP 2019 di Shah Alam, semalam. Yang hadir sama, Mohd Shukri dan Junainah.
[FOTO ROSLIN MAT TAHIR /BH] Tengku Amir Shah berkenan melaksanak­an simbolik pelancaran MESP 2019 di Shah Alam, semalam. Yang hadir sama, Mohd Shukri dan Junainah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia