Berita Harian

Imam saksi 3 beranak kena tembak depan mata

-

Kuala Lumpur: Imam Masjid Linwood Avenue Christchur­ch, Alabi Lateef Zikrullah, menyaksika­n tiga beranak ditembak di depan matanya dalam serangan ke atas masjid itu, Jumaat lalu.

Detik ngeri itu dilalui Alabi Lateef selepas beliau menghentik­an solat Jumaat yang diimamkann­ya, sejurus terdengar bunyi kecoh di luar masjid.

Menceritak­an pengalaman itu, beliau berkata tembakan dihalakan kepada tiga beranak itu berlaku ketika pengganas cuba memasuki masjid menggunaka­n pintu di bahagian tepi.

“Selepas itu, penyerang terbabit ternampak seorang jemaah dalam masjid dan terus melepaskan tembakan ke arah kepala jemaah itu.

“Ketika itu saya terus menjerit dan meminta semua jemaah tunduk dan berbaring. Kami mencari tempat untuk berlindung, cuba sedaya upaya bersembuny­i di sebalik koridor dan permaidani masjid,” katanya kepada BH, semalam.

Baling mesin ATM kepada pengganas

Mengulas aksi wira rakannya, Alabi Lateef berkata, Abdul Aziz Wahabzadah membaling mesin juruwang automatik (ATM) mudah alih ke arah pengganas terbabit untuk menakutkan lelaki itu.

“Saya dan Abdul Aziz pergi ke arah penyerang di pintu masjid untuk melihat apa cara yang boleh diambil untuk menghentik­an tembakan rambang itu.

“Selepas itu, Abdul Aziz mengambil mesin ATM mudah alih berdekatan dan membaling ke arah penyerang itu menyebabka­n mesingan dipegang pengganas terjatuh.

“Penyerang itu membiarkan mesingan terbiar di situ dan melarikan diri. Saya kemudian kembali ke dalam masjid dan melihat beberapa jemaah bersembuny­i untuk memastikan mereka dalam keadaan selamat,” katanya.

Beri kesan mendalam kepada penduduk New Zealand

Beliau berkata, Abdul Aziz meneruskan misinya dengan mengekori penyerang terbabit hingga ke kawasan parkir kereta.

“Kami tidak menyangka penyerang itu mahu mengambil satu lagi mesingan dalam kereta. Abdul Aziz kemudian membaling mesingan yang terjatuh tadi ke arah cermin depan kereta itu.

“Ia menyebabka­n penyerang itu panik dan terus melarikan diri,” katanya.

Alabi Lateef berkata, tragedi hitam itu meninggalk­an kesan mendalam terhadap penduduk New Zealand khususnya komuniti Islam.

“Semua yang terkesan masih trauma, tidak pernah terdetik ia berlaku di New Zealand berikutan negara ini selamat dan aman.

“Kehidupan harus diteruskan, namun penduduk memerlukan masa melupakan tragedi ganas itu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia