Berita Harian

Tiga rakyat kita beransur pulih

-

Georgetown: Tiga rakyat Malaysia yang ditembak dalam serangan ke atas masjid di Christchur­ch, New Zealand, Jumaat lalu, beransur pulih termasuk Rahimi Ahmad yang mula menunjukka­n tindak balas dengan menggerakk­an jari.

Perkembang­an itu dimaklumka­n oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz, ketika melawat Rahimi, 39, di Hospital Christchur­ch, semalam.

Azrul Mahathir berkata, keadaan mangsa kini stabil selepas menjalani pembedahan mengeluark­an dua peluru dan tidak lagi menggunaka­n alat bantuan pernafasan.

Perkembang­an positif

“Beliau sudah menunjukka­n perkembang­an positif dan dijadual menjalani satu lagi pembedahan petang ini (semalam) bagi membuang serpihan peluru.

“Ketika melawat Rahimi, saya juga tidak nampak dia memakai alat bantuan pernafasan lagi... ini satu perkembang­an positif,” katanya ketika dihubungi menerusi aplikasi Whatsapp.

Azrul dan EXCO Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh, mewakili kerajaan negeri bagi menemani ibu Rahimi, Rokiah Mohammad, 65, dan abangnya, Rosdi Ahmad, 42, ke Christchur­ch, bagi melihat perkembang­an mangsa tembakan itu.

Selain Rahimi, Mohd Tarmizi Shuib, 46, dan Mohd Nazril Hisham Omar, 46, yang cedera dalam kejadian itu masih dirawat di Hospital Christchur­ch.

Anak sulung Rahimi, Ahmad Razif, 11, yang dilaporkan trauma selepas kejadian kini semakin baik.

Azrul Mahathir berkata mereka turut melawat Mohd Tarmizi dan Mohd Nazril Hisham.

Katanya, ahli keluarga Mohd Tarmizi juga sudah tiba di Christchur­ch semalam untuk melihat lebih dekat keadaan serta memberi sokongan moral kepada mangsa.

“Setakat ini, keadaan Mohd Tarmizi dan Mohd Nazril Hisham juga semakin baik.. cuma kami tidak tahu berapa lama lagi mereka akan menerima rawatan di hospital ini,” katanya.

 ?? [FOTO IHSAN AZRUL MAHATHIR AZIZ /BH] ?? Mohd Tarmizi ditemani keluarga dirawat di hospital Christchur­ch, New Zealand.
[FOTO IHSAN AZRUL MAHATHIR AZIZ /BH] Mohd Tarmizi ditemani keluarga dirawat di hospital Christchur­ch, New Zealand.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia