Berita Harian

‘Laksana kajian kohort ke atas mangsa’

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Kesihatan (KKM) bersedia melaksanak­an kajian kohort terhadap mangsa pencemaran sisa bahan kimia Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, bagi tujuan penyelidik­an jangka panjang dan pemantauan.

Kajian kohort ialah kajian terhadap kumpulan orang yang berkongsi ciri serupa.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata kajian itu akan dilaksanak­an secepat mungkin dengan mengambil kira aspek metodologi, protokol dan peruntukan kewangan.

“Fokus kita adalah mangsa. Pesakit yang terdedah kepada bahan kimia tidak tertakluk kepada makmal, jadi anda mesti mengambil peluang untuk mengikuti dan melakukan kajian kohort.

“Kajian ini akan menjadi mudah sedikit kerana semua data mangsa terkandung dalam pangkalan data KKM.

Kesan jangka panjang

“Apa yang perlu dipastikan adalah kesan jangka panjang terhadap mangsa, sama ada ia berisiko terdedah kepada kanser atau sistem reprodukti­f.

“Kita tidak boleh lambat dalam menjalanka­n kajian ini,” katanya selepas merasmikan Sidang Kemuncak Transforma­si Penjagaan Kesihatan ASEAN di sini, semalam.

Sidang kemuncak kesihatan yang berlangsun­g selama tiga hari bermula semalam, menyaksika­n penyertaan lebih 300 pengamal kesihatan daripada hospital serantau ASEAN, yang akan memfokuska­n kepada revolusi kesihatan 4.0, rantaian pembekal kesihatan dan kesihatan digital.

Sementara itu, mengulas perkembang­an terbaru mengenai mangsa pencemaran, Dr Dzulkefly berkata, setakat jam 12 tengah malam (18 Mac), 46 pesakit masih dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru.

“Empat mangsa masih ditempatka­n di Unit Rawatan Rapi tanpa bantuan pernafasan, tidak diletakkan dalam inkubator, semuanya sudah melepasi tahap kritikal dan mereka stabil. Syukur tiada kes kematian berlaku akibat pencemaran sisa kimia ini.

“Trendnya memang jelas menurun dan kita harap tiada mangsa lain terdedah kepada sisa kimia,” katanya.

Apa yang perlu dipastikan adalah kesan jangka panjang terhadap mangsa” Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia