Berita Harian

Malaysia Airlines kekal relevan

Khazanah yakin pelaburan dalam syarikat penerbanga­n

- Oleh Rohaniza Idris, Mahanum Abdul Aziz, Nora Mahpar dan Hazwan Faisal Mohamad bhbiz@bh.com.my

Pelaburan Khazanah Nasional Bhd dalam Malaysia Airlines Bhd kekal relevan walaupun syarikat penerbanga­n nasional itu masih berdepan kerugian.

Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, berkata bagi menilai sumbangan syarikat penerbanga­n kepada ekonomi negara, ia perlu dilihat melangkaui prestasi kewanganny­a.

Beliau berkata, terdapat manfaat ekonomi sebenar yang besar dijana syarikat penerbanga­n kepada ekonomi Malaysia seperti pelanconga­n, urus niaga perniagaan dan industri lain.

Justeru, katanya, adalah penting untuk kerajaan memahami kos bagi membolehka­n Malaysia Airlines kekal beroperasi berbanding kerugian besar terhadap ekonomi jika ia berhenti beroperasi.

“Ia adalah industri yang mana jika anda melihat secara keseluruha­n rantaian, banyak industri lain boleh menjana untung berbanding syarikat penerbasem­entara ngan itu sendiri.

“Kita perlu mencari cara baharu untuk syarikat penerbanga­n itu sendiri mencapai kedudukan yang lebih cekap,” katanya bagi mengulas mengenai masa depan Malaysia Airlines pada sesi panel Persidanga­n Invest Malaysia 2019 di Kuala Lumpur, semalam.

Baki dana untuk pemulihan

Shahril Ridza berkata, Khazanah bercadang menggunaka­n baki dana RM6 bilion yang disuntikny­a ketika mengambil alih syarikat penerbanga­n itu pada 2014 bagi memulihkan­nya.

“Terdapat lagi baki dana itu. Ia akan disuntik tahun ini atau kemudianny­a,” katanya.

Pada pengumuman prestasi kewangan Khazanah baru-baru ini, Shahril Ridza berkata, susut nilai yang dicatatkan sayap pelaburan kerajaan berjumlah RM7.3 bilion yang direkodkan tahun lalu, sebahagian besarnya disumbangk­an oleh Malaysia Airlines.

Beliau berkata, prestasi kurang memberangs­angkan itu adalah berikutan kos untuk mengekalka­n kelangsung­an operasi Malaysia Airlines dan limpahanny­a kepada cukai daripada industri pelanconga­n, ketersambu­ngan, perniagaan dan aktiviti ekonomi.

Bagaimanap­un, jelasnya ia bukan bermakna Malaysia Airlines tidak beroperasi dengan baik, tetapi disebabkan industri penerbanga­n yang tidak memberangs­angkan.

Ia adalah industri yang mana jika anda melihat secara keseluruha­n rantaian, banyak industri lain boleh menjana untung berbanding syarikat penerbanga­n itu sendiri” Shahril Ridza Ridzuan, Pengarah Urusan Khazanah

 ??  ??
 ?? [ FOTO MOHAMAD SHAHRIL / BH ] ?? Dari kiri; Ketua Pegawai Eksekutif KWAP, Syed Hamadah Othman; Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri Alias, Shahril Ridza, Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Bhd, Abdul Rahman Ahmad dan moderator, Haslinda Amin pada sesi panel Persidanga­n Invest Malaysia 2019 di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO MOHAMAD SHAHRIL / BH ] Dari kiri; Ketua Pegawai Eksekutif KWAP, Syed Hamadah Othman; Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri Alias, Shahril Ridza, Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Bhd, Abdul Rahman Ahmad dan moderator, Haslinda Amin pada sesi panel Persidanga­n Invest Malaysia 2019 di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia