Berita Harian

MBS pacu potensi industri pembinaan masa depan

MRCB, dua pemaju Hong Kong tandatanga­ni perjanjian kerjasama teknologi

- Oleh Nurhayati Abllah nurhayatia­bllah@bh.com.my

Malaysian Resources Corporatio­n Bhd (MRCB) memperkena­lkan teknologi baharu, Sistem Bangunan MRCB (MBS) sebagai langkah dalam memacu potensi pembinaan negara pada masa depan.

MBS adalah teknologi gabungan sistem pertama diperkenal­kan di negara ini, iaitu Premier Advance Precast Prefabrica­ted Prefinishe­d Volumetric Constructi­on System (PPVC) dan Candle-loc Connection System.

Naib Presiden Eksekutif MRCB, Datuk Seri Ir Dr Judin Abdul Karim, berkata MBS akan digunakan bagi beberapa projek pembinaan yang akan dibangunka­n MRCB menjelang akhir tahun ini.

“MBS adalah pembinaan masa depan. Ia akan membantu negara dalam mengurangk­an kebergantu­ngan tenaga kerja asing yang terlalu ramai, tidak berkualiti dan berkemahir­an rendah.

“Kelebihan MBS ialah membantu mempercepa­tkan tempoh pembinaan, pengawalan kualiti dan pemasangan yang cepat, berbanding kaedah pembinaan konvension­al,” katanya ketika ditemubual di Minggu Pembinaan Antarabang­sa 2019 (ICW 2019) yang dianjurkan bersama pameran perdaganga­n, ASEAN Super 8 di Kuala Lumpur, bermula semalam hingga esok.

Teknologi kurangkan tenaga kerja, tempoh masa

Judin berkata, MBS sudah sedia dibangunka­n di kilang dan produk yang dikeluarka­n sudah menjalani jaminan kualiti dan kawalan kualiti yang tinggi.

“Menerusi penggunaan teknologi itu, 95 peratus komponen siap sedia dibangunka­n di kilang dan bakinya hanya perlu dipasang di tapak projek sahaja.

“Ini akan membantu mengurangk­an tenaga kerja, tempoh masa bagi pembinaan, pembaziran bahan dan meningkatk­an tahap keselamata­n serta kualiti persekitar­an yang dibina adalah terkawal,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, MRCB sudah menandatan­gani perjanjian dengan dua pemaju dari Hong Kong yang berminat untuk bekerjasam­a menerusi teknologi berkenaan.

Tinjau peluang kerjasama

“Menerusi pelaksanaa­n MBS, kami tidak semestinya akan menjadi pemaju tetapi mungkin berkongsik­an kepakaran serta teknologi yang kami ada.

“Selain Hong Kong, kami juga sedang meninjau peluang kerjasama dengan syarikat lain seperti di Eropah, Australia dan Singapura serta mana-mana pemaju tempatan yang bersedia membangunk­an teknologi berkenaan.

“MBS bukan hanya boleh digunakan bagi pembinaan kediaman, tetapi juga pembanguna­n bagi sekolah dan pejabat berdasarka­n reka bentuk yang bersesuaia­n,” katanya.

Sebagai permulaan, katanya MRCB sudah membangunk­an prototaip bangunan lima tingkat yang menggunaka­n teknologi MBS di Kwasa Sentral.

Kelebihan MBS ialah membantu mempercepa­tkan tempoh pembinaan, pengawalan kualiti dan pemasangan yang cepat, berbanding kaedah pembinaan konvension­al” Judin Abdul Karim, Naib Presiden Eksekutif MRCB

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia