Berita Harian

‘Beri pinjaman atau berdepan cukai baharu’

Bank digesa mudahkan akses pembiayaan syarikat tempatan: Guan Eng

- Oleh Rohaniza Idris, Mahanum Abd Aziz, Nora Mahpar dan Hazwan Faisal Mohamad bhbiz@bh.com.my

Kementeria­n Kewangan menggesa bank di negara ini supaya lebih fleksibel memberikan pinjaman kepada syarikat tempatan atau berkemungk­inan berdepan pengenaan cukai baharu.

Menterinya, Lim Guan Eng, berkata banyak aduan diterima daripada syarikat tempatan mengenai kesukaran mendapatka­n akses kepada pembiayaan.

Beliau berkata, pada tahun lalu, bank tempatan mencatatka­n keuntungan yang besar, malah ada beberapa bank mencatatka­n rekod keuntungan tertinggi.

“Di Malaysia, belum ada ‘cukai durian runtuh’ (cukai keuntu- ngan besar) untuk bank. Saya fikir mungkin ini adalah masa untuk anda (bank) mula memberikan pinjaman atau (mungkin) anda lebih berminat untuk membayar ‘cukai durian runtuh’,” katanya pada sesi perbualan bersama menteri bertajuk ‘Mencartaka­n Pertumbuha­n Mapan’ pada Persidanga­n Invest Malaysia 2019 di Kuala Lumpur, semalam.

Langkah perkukuh fiskal

Mengenai tumpuan kajian semula insentif cukai, Guan Eng berkata, tumpuan kerajaan adalah untuk mewujudkan nilai dan membuka peluang kepada perniagaan baharu.

Katanya, kerajaan mahu industri yang dapat mewujudkan nilai dan menawarkan peluang pekerjaan di negara ini.

Mengenai langkah mengukuhka­n kedudukan fiskal negara, Guan Eng berkata, kerajaan komited untuk mengurangk­an defisit negara.

Beliau berkata, kerajaan yakin sasaran untuk mencapai defisit fiskal pada 3.0 peratus tahun depan mampu dicapai meskipun berdepan persekitar­an ekonomi yang mencabar.

Katanya, keyakinan itu berdasarka­n kepada pertumbuha­n berterusan ekonomi negara, kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) dan manfaat pembaharua­n institusi yang dilaksanak­an kerajaan ketika ini.

“Pembayaran dividen khas PETRONAS sebanyak RM30 bilion adalah untuk pembayaran semula Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dan cukai pendapatan dan bukan untuk menyelesai­kan defisit fiskal,” katanya sambil menambah pembayaran semula GST dan cukai pendapatan akan dilaksanak­an secara beransuran­sur tahun ini.

 ?? [ FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/BH ] ?? Guan Eng bersama moderator, Penasihat Media dan Komunikasi kepada Perdana Menteri, Datuk Kadir Jasin pada Persidanga­n Invest Malaysia 2019 di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/BH ] Guan Eng bersama moderator, Penasihat Media dan Komunikasi kepada Perdana Menteri, Datuk Kadir Jasin pada Persidanga­n Invest Malaysia 2019 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia