Berita Harian

Jual lebih 100,000 unit tahun lalu

Syarikat kekal jenama nombor satu dalam segmen bukan nasional

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin

Honda Malaysia mencatatka­n jualan 102,282 unit tahun lalu, susut sedikit daripada 109,511 unit tahun sebelumnya.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Toichi Ishiyama, berkata meskipun terdapat penurunan 6.6 peratus jualan tahun lalu, Honda Malaysia bagaimanap­un masih mengekalka­n jumlah jualan melepasi 100,000 unit.

“Banyak cabaran yang dihadapi Honda Malaysia sepanjang tahun lalu. Pasaran juga agak sederhana disebabkan peralihan daripada Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) kepada Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST).

“Meskipun jualan sedikit rendah tahun lalu, Honda Malaysia masih menguasai 17.1 peratus pasaran untuk mengekalka­n momentum selaku jenama nombor satu dalam segmen bukan nasional untuk tahun keempat berturut-turut,” katanya pada sidang media pengumuman prestasi jualan dan prospek 2019 di Kuala Lumpur, semalam.

Yang turut hadir, Naib Presiden Kumpulan Honda Malaysia, Jahabarnis­a Haja Mohideen.

Prestasi jualan

Dari segi prestasi jualan mengikut model tahun lalu, tujuh model pemasangan tempatan (CKD) iaitu Jazz, City, BR-V, HR-V, Civic, Accord dan CR-V menjadi peneraju dalam segmen masing-masing.

Model City merekodkan sumbangan terbesar dengan 32 peratus daripada keseluruha­n jualan Honda Malaysia, manakala Civic dan CR-V masing-masing menyumbang 16 peratus dan 13 peratus.

Pencapaian jualan Honda Malaysia tahun lalu masih memberangs­angkan apabila berada pada kedudukan kedua dalam jumlah keseluruha­n industri (TIV) untuk tiga tahun berturut-turut di belakang Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA).

Sasaran jualan 2019

Sementara itu, bagi prospek tahun ini, Jahabarnis­a menjelaska­n, Honda Malaysia menyasarka­n untuk menjual 95,000 unit kenderaan, lebih rendah daripada pencapaian tahun lalu.

Katanya, jualan lebih rendah yang disasarkan tahun ini mengambil kira kesan pelaksanaa­n kadar sifar GST pada Jun hingga September 2018 yang mempengaru­hi permintaan.

“Sasaran penguasaan pasaran Honda Malaysia tahun ini juga sedikit rendah kepada 16 peratus. Kami mengambil kira segenap aspek, termasuk prospek TIV dari pihak kami, iaitu 580,000 unit berbanding 600,000 unit oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA),” katanya.

 ??  ??
 ?? [ FOTO ROSDAN WAHID / BH ] ?? Ishiyama berucap pada sidang media pengumuman prestasi jualan dan prospek 2019 di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO ROSDAN WAHID / BH ] Ishiyama berucap pada sidang media pengumuman prestasi jualan dan prospek 2019 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia