Berita Harian

KWSP perlu ubah strategi perniagaan

Langkah kekal relevan terhadap perubahan landskap demografi

-

Oleh Rohaniza Idris, Mahanum Abdul Aziz, Hazwan Faisal Mohamad dan Nora Mahpar

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyedari bahawa strategi perniagaan­nya perlu berubah bagi memastikan­nya kekal relevan terhadap perubahan landskap demografi di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Tunku Alizakri Alias, berkata dana persaraan pekerja swasta itu mengenal pasti terdapat perubahan dinamik demografi apabila berlaku peningkata­n golongan individu yang bekerja sendiri dan meningkatn­ya golongan berusia.

“Cara KWSP meraih dana semakin ketinggala­n zaman. Data kami menunjukka­n kira-kira lima tahun lalu sebanyak 48 peratus pekerja mencarum dengan KWSP, namun jumlah itu berkuranga­n sehingga 40 peratus. Ia adalah penurunan drastik dalam tempoh hanya lima tahun,” katanya pada Persidanga­n Invest Malaysia 2019 di Kuala Lumpur, semalam.

Tekanan Revolusi Industri 4.0

Beliau berkata, tekanan Revolusi Industri 4.0 turut menyebabka­n ramai anak muda mengambil keputusan untuk bekerja sendiri dan tidak berminat untuk menabung dalam dana persaraan itu.

“Lebih membimbang­kan apabila lebih 15 juta tenaga kerja di negara ini akan mencapai usia persaraan tidak lama lagi, malah Malaysia juga dijangka mencapai status negara tua pada 2030.

“Menjelang tempoh itu, ada kemungkina­n pencarum ini mengeluark­an simpanan mereka pada jumlah yang besar. Ini bermakna KWSP bakal berdepan situasi yang mana kita tidak mempunyai tunai menyokong aktiviti pengeluara­n berkenaan.

“Tidak mustahil, satu hari nanti KWSP juga tidak akan wujud lagi,” katanya.

Dana KWSP terus berkembang

KWSP adalah institusi keselamata­n sosial yang ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediaka­n faedah persaraan kepada ahlinya menerusi pengurusan simpanan secara cekap dan dipercayai.

Di sebalik cabaran yang perlu dilaluinya, KWSP terus kekal dengan mandatnya untuk terus meningkatk­an hasil kumpulan dengan mengembang­kan sayap pelaburann­ya ke luar negara.

Dana persaraan itu kini memiliki aset pelaburan bernilai RM833.76 bilion, dengan 26.7 peratus atau RM222.61 bilion dilaburkan di luar negara.

Ketika ini, Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) kekal menjadi destinasi pelaburan utama dengan masing-masing mencatatka­n RM33.35 bilion dan RM25 bilion.

Tunku Alizakri berkata, dana KWSP terus berkembang dengan nilai aset di bawah pengurusan­nya bakal mencecah RM1 trilion dalam tempoh beberapa tahun lagi.

“Oleh sebab itu, kita perlu tembusi pasaran luar Malaysia dan agresif mencari rakan kongsi dengan pelabur antarabang­sa untuk memasuki pasaran ASEAN yang semakin berkembang pesat,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia