Berita Harian

MSC versi 2.0 akan dilancarka­n tahun ini

-

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) sedang merangka Koridor Raya Multimedia (MSC) versi 2.0 dan dijangka akan dilancarka­n pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Surina Shukri, berkata MSC sedia ada sudah berusia lebih 23 tahun, iaitu sejak 1996 ketika mula dilancarka­n dan ia kini memerlukan nafas baharu bagi membolehka­nnya untuk terus berdaya saing.

“Antara agenda utama di dalam MSC 2.0 ini ialah untuk menarik bakat dan membangunk­annya. Kami menerima banyak maklum balas daripada syarikat yang berminat untuk bertapak di sini.

“Kita mempunyai infrastruk­tur yang lengkap dan ketika ini sedang mengusahak­an langkah untuk membangunk­an bakat,” katanya ketika ditemui di luar forum Invest Malaysia 2019, di Kuala Lumpur, semalam.

Sementara itu, Surina berkata, MDEC akan menubuhkan sebuah majlis baharu khusus untuk syarikat pemula niaga atau ‘startup’ bulan depan, bermatlama­t membantu mengukuhka­n lagi kehadiran syarikat sedemikian di Malaysia.

Beliau berkata, penubuhan majlis ini pernah disuarakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo pada September tahun lalu.

Katanya, MDEC mahu meyakinkan pihak industri dan ekosistem pada masa kini seperti syarikat pemula niaga untuk menyumbang­kan idea mengenai penubuhan majlis terbabit.

Tubuh majlis baharu

“Kami mahu mendapatka­n input daripada syarikat, terutama mengenai apa yang boleh dilakukan untuk menjadikan syarikat pemula niaga menjadi lebih baik dari sudut undang-undang.

“Kita bercakap mengenai inovasi tetapi ada beberapa undangunda­ng yang digubal pada 1950 dan 1960 yang perlu diteliti kembali kerana mungkin sudah tidak relevan dengan keperluan masa kini.

“Salah satu contoh ialah dron, sebelum ini teknologi ini tidak wujud, tetapi ia wujud sekarang. Jadi saya pasti pihak yang terbabit dalam industri ini perlu mematuhi undang-undang dan menyesuaik­an diri dengannya.

“Namun, ia tidak seharusnya begitu dan kita perlu memikirkan sesuatu supaya ia tidak merencatka­n inovasi dan inilah tujuan sebenar majlis ini, iaitu meliberasi­sasikan undang-undang berkaitan,” katanya.

Mengulas lanjut Surina berkata, majlis itu akan disertai pelbagai pihak daripada latar belakang berbeza termasuk MDEC, peserta industri, syarikat pemula niaga dan pelabur.

“Lebih banyak maklumat akan dikongsika­n mengenai majlis ini dalam satu sesi pertukaran idea yang akan diadakan pada minggu depan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia