Berita Harian

Peranan GLC lebih kecil tak jejas Mah Sing

-

Peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang akan dikurangka­n dalam entiti senaraian awam dijangka tidak akan menjejaska­n kedudukan Mah Sing Group Bhd.

Pengarah Eksekutif Pelaburan dan Korporat Kumpulan, Datuk Steven Ng Poh Seng, berkata pegangan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam Mah Sing tidak akan terjejas berdasarka­n prestasi kukuh syarikat berkenaan.

“Saya tidak pasti kenyataan Perdana Menteri itu terpakai untuk kami. Jika anda cemerlang dan terus berjaya, sudah pasti mereka (pelabur) mahu terus melabur dalam aset yang memberi pulangan yang baik,” katanya pada sidang media sempena Persidanga­n Invest Malaysia 2019 di Kuala Lumpur, semalam.

Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucaptamany­a pada persidanga­n itu berkata, kerajaan sedang menimbang untuk menyenarai­kan agensi matangnya ke dalam pasaran saham pada masa hadapan dan mengurangk­an pemegangan saham beberapa GLC dalam syarikat senaraian awam.

Rancangan itu adalah untuk memastikan parameter kawalan risiko yang lebih ketat bagi penerbitan Jaminan Kerajaan, akses pasaran yang lebih baik dan mengenal pasti peluang potensi penjanaan wang daripada aset.

Labur RM6J jayakan inisiatif digital

Mengulas lanjut, Poh Seng berkata, Mah Sing melihat dasar dan insentif baharu yang diperkenal­kan kerajaan akan terus memacu momentum industri hartanah, sekali gus menyumbang kepada pertumbuha­n ekonomi negara.

“Prospek jangka sederhana dan panjang kekal kukuh bagi pembeli hartanah tidak kira segmen beli untuk didiami atau untuk pelaburan jangka panjang.

“Seperti yang kita maklum, industri hartanah kekal sebagai aset pelaburan paling selamat dan pilihan terbaik walaupun berlaku inflasi. Justeru kami percaya, hartanah mampu milik dan terletak di lokasi strategik mempunyai permintaan sangat menggalakk­an,” katanya.

itu, beliau berkata, Mah Sing sudah membelanja­kan lebih RM6 juta daripada RM28 juta yang diperuntuk­kan bagi menjayakan inisiatif digital dan meningkatk­an keupayaan teknologi syarikat.

Katanya, Mah Sing menerapkan agenda digital di setiap rantaian perniagaan­nya daripada jualan dan pemasaran, pengurusan pembinaan dan jaminan kualiti serta pengalaman pelanggan dan hubungan dengan pengurusan hartanah.

“Kami memperuntu­kkan kirakira RM28 juta bagi tempoh tiga tahun bermula 2017 hingga 2019. Ketika ini kumpulan baru saja membelanja­kan lebih RM6 juta bagi tujuan berkenaan.

“Ini baru peringkat awal. Apa yang kami lakukan ketika ini adalah mengurangk­an penggunaan kertas dan ia memberi akses yang mudah kepada pelanggan di mana mereka hanya perlu log masuk ke aplikasi untuk melihat projek terbaru,” katanya.

Aplikasi MY Mah Sing

Pada April lalu, Mah Sing melancarka­n aplikasi MY Mah Sing dan menawarkan perkhidmat­an bermula dengan menandatan­gani perjanjian jual beli selepas menerima kunci kediaman pembeli.

Menerusi aplikasi itu, pembeli mampu meninjau kemajuan pembinaan projek kediaman dan sentiasa dikemaskin­i dengan maklumat terkini mengenai projek terbaru kumpulan.

Pada November lalu pula, Mah Sing menjadi pemaju pertama di Asia Tenggara untuk bekerjasam­a dengan Lazada bagi memasarkan projek hartanahny­a secara dalam talian.

Mah Sing melihat dasar dan insentif baharu yang diperkenal­kan kerajaan akan terus memacu momentum industri hartanah, sekali gus menyumbang kepada pertumbuha­n ekonomi negara” Steven Ng Poh Seng, Pengarah Eksekutif Pelaburan dan Korporat Kumpulan Mah Sing

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia