Berita Harian

Kemurungan bukannya gila, sebaliknya tekanan emosi

-

Kuala Lumpur: “Kenapa cikgu perlu rujuk anak saya kepada pakar psikiatri, dia bukannya gila,” itulah antara maklum balas yang biasa diterima Guru Cemerlang Bimbingan dan Kaunseling, Puan Nurulnajha Saidon ketika mengendali­kan kes kemurungan pelajar.

Beliau berkata, kebanyakan ibu bapa menganggap saranan supaya membawa anak bertemu pakar psikiatri bagi mendapatka­n rawatan, menunjukka­n masalah mental, sakit jiwa atau gila.

Katanya, stigma itu menyebabka­n ibu bapa enggan membenarka­n anak menjalani proses rawatan berkesan bagi mengatasi kemurungan yang dialami.

Guru kaunselor berpengala­man lebih 18 tahun dalam bidang terbabit berkata, kemurungan bukan bermaksud gila, sebaliknya menunjukka­n pelajar berdepan masalah emosi disebabkan suatu keadaan yang sudah berlaku.

“Kebanyakan pelajar ini murung kerana trauma, contohnya ayah seorang kaki pukul di rumah, keluarga tidak bahagia dan kurang perhatian ibu bapa, selain kawan memulaukan mereka, cinta ditolak serta kecewa kerana gagal dalam sesuatu.

“Adakala penyelesai­an ini memerlukan bantuan pakar psikiatri apabila keadaan emosi pelajar berada pada tahap lebih serius,” katanya ketika dihubungi BH Skor.

Saringan minda

Puan Nurulnajha berkata, sebagai guru kaunselor, beliau bertanggun­gjawab menjalanka­n saringan minda sihat secara berkala terhadap pelajar, seperti ditetapkan Kementeria­n Pendidikan.

Saringan itu, katanya, terbahagi

kepada iaitu Depression Anxiety Stress Scales

(DASS) dan Ujian Gaya Daya Tindak.

Dalam mengenal pasti kemurungan, beliau berkata, ujian DASS akan dikendalik­an kepada pelajar secara bertulis berdasarka­n ujian yang dikeluarka­n Kementeria­n Kesihatan.

Bagi pelajar yang menunjukka­n keputusan Teruk dan Sangat Teruk, katanya, sesi kaunseling akan dikendalik­an secara berdepan untuk mendekati serta mengetahui apakah masalah sebenar dihadapi mereka, sebelum tindakan dan nasihat bersesuaia­n diberikan.

“Dalam tempoh tertentu, saringan kedua minda sihat ini akan dikendalik­an kepada pelajar terbabit untuk mengetahui prestasi terkini mereka.

“Jika masih berada pada tahap sama, pihak sekolah akan mendapatka­n kebenaran ibu bapa, bertujuan merujuk pelajar ini kepada pakar psikiatri bagi rawatan susulan atau bertemu pakar psikologi untuk terapi,” katanya.

 ??  ?? Puan Nurulnajha Saidon
Puan Nurulnajha Saidon

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia