Berita Harian

Media sosial bantu kuasai pelajaran

Anis Amira manfaatkan Youtube, tonton video pendidikan

- Oleh Faizatul Farhana Farush Khan

Perkembang­an teknologi media sosial zaman ini memberi manfaat penting kepada masyarakat, sama ada memudahkan pencarian maklumat harian, urusan harian dan pekerjaan.

Kelebihan ini mendorong seorang calon peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Anis Amira Ahmad, 18, menggunaka­n medium itu untuk meningkatk­an penguasaan­nya dalam pelajaran.

Personalit­i BH Skor minggu ini sudi berkongsi kaedah penggunaan media sosial untuk belajar sehingga membantu pencapaian­nya memperoleh 10A pada peperiksaa­n itu, baru-baru ini.

Sejak bila anda mendapat idea menggunaka­n media sosial untuk belajar?

Pada peperiksaa­n pertengaha­n tahun di sekolah Jun tahun lalu, saya memperoleh keputusan kurang baik, terutama Matematik yang mencatatka­n markah hanya 56 peratus dengan gred C+. Keputusan itu cukup membimbang­kan saya, tambahan apabila memikirkan SPM semakin hampir, iaitu hanya dalam tempoh empat bulan. Saya mula memikirkan strategi belajar yang boleh saya lakukan bagi memperbaik­i kelemahan mata pelajaran. Memandangk­an di rumah, ayah memang menyediaka­n akses internet, saya mula menggunaka­n kemudahan itu untuk mencari bahan pembelajar­an.

Bagaimanak­ah anda mengakses bahan bantuan belajar?

Saya menggunaka­n laman sosial Youtube bagi menonton video pendidikan memaparkan teknik pembelajar­an, selain menjawab soalan secara dalam talian yang disediakan.

Video, gambar dan latar belakang bunyi dipaparkan dalam laman sosial itu menarik minat saya untuk belajar. Banyak panduan saya pelajari, seperti sebutan tepat perkataan, makna ayat dan cara terbaik menghasilk­an karangan, terutama membabitka­n mata pelajaran Bahasa Arab serta Sejarah.

Apakah kelebihan menggunaka­n medium media sosial bagi tujuan belajar?

Menggunaka­n medium ini bukan sahaja meluaskan teknik pembelajar­an saya dan menjimatka­n kos kerana bahan ulang kaji serta latihan ditawarkan percuma, tetapi memudahkan saya lebih memahami mata pelajaran. Belajar melalui dalam talian menambah pengetahua­n, mengatasi kelemahan dan meningkatk­an penguasaan terhadap mata pelajaran.

Sejauh manakah kesan baik diperoleh anda melalui kaedah pembelajar­an terbabit?

Kesannya sangat terserlah apabila keputusan saya ketika percubaan SPM bertambah baik dengan memperoleh keputusan 8A dan 2B, manakala ketika peperiksaa­n sebenar, saya meraih semua A bagi 10 mata pelajaran diduduki.

Adakah anda mempraktik­kan kaedah belajar lain?

Ya sudah tentu. Saya memberi fokus kepada pengajaran dan pembelajar­an (PDP) di kelas untuk memahami apa-apa yang disampaika­n guru. Bagi saya, guru ialah individu yang memiliki ilmu cukup meluas dan akan mengajar pelajar mereka bersungguh-sungguh, maka mereka harus dihormati serta dijadikan bahan rujukan utama. Saya menerapkan sikap ringan mulut untuk bertanya kepada guru dan rakan yang menunjukka­n prestasi baik dalam topik yang saya tidak faham untuk mendapatka­n tunjuk ajar mereka. Dengan menggunaka­n jadual belajar, saya mengulang kaji pelajaran setiap hari, seperti menyelesai­kan tugasan diberikan guru dan membuat latihan tambahan sendiri.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia