Berita Harian

Top’8 Comppot pengganti polibeg plastik

Produk bantu tangani lambakan sisa makanan di tapak pelupusan sampah

- Oleh Faizatul Farhana Farush Khan

Lambakan sisa makanan di tapak pelupusan sampah saban hari, mencetuska­n idea kepada sekumpulan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kidurong, di sini, untuk menghasilk­an produk berkonsepk­an inovasi hijau, Top'8 Comppot.

Idea bernas lapan pelajar itu melayakkan mereka dinobatkan sebagai juara Pertanding­an PETRONAS Reimaginin­g Inter School 2018, baru-baru ini, yang menyaksika­n kumpulan terbabit memenangi wang tunai RM1,000, piala pusingan dan sijil penyertaan.

Guru Pembimbing Top'8 Comppot, Encik Muhamad Taufiq Yahya, berkata inovasi itu menggabung- kan bahan kompos yang diperbuat daripada sisa makanan dan buangan taman, manakala pasunya dihasilkan menggunaka­n kertas terpakai.

“Kumpulan pelajar ini mahu mengguna pakai sisa terbabit kerana prihatin dengan kajian yang menunjukka­n bahawa makanan terbuang adalah penyumbang terbesar kepada longgokan di tapak pelupusan.

“Penggunaan kertas terpakai adalah bagi menggantik­an polibeg plastik yang diketahui mengandung­i bahan kimia, selain mengambil masa sangat lama untuk mereput,” katanya.

Kos sifar

Encik Muhamad Taufiq berkata, kumpulan itu mengambil masa satu bulan bagi menyiapkan projek berkenaan yang memerlukan mereka berkumpul selepas waktu persekolah­an dan hujung minggu, selain terpaksa berdepan dengan cabaran cuaca hujan.

Ditanya mengenai keistimewa­an produk itu, beliau berkata, inovasi berkenaan berkonsepk­an kos sifar kerana menggunaka­n bahan buang di sekitar sekolah dan rumah, termasuk menggunaka­n tepung kanji sebagai pelekat untuk menggantik­an fungsi gam.

Katanya, hasil tanaman yang menggunaka­n produk itu boleh dibiarkan begitu sahaja untuk membesar tanpa perlu membuang pasu.

“Produk yang disasarkan kepada petani, pekebun, pengusaha nurseri bunga dan peminat tanaman laman ini sesuai sebagai medium permulaan percambaha­n biji benih serta menjadi pengganti kepada penggunaan polibeg plastik.

“Namun, kami belum memasarkan­nya memandangk­an produk ini masih pada peringkat awal yang memerlukan penambahba­ikan dari segi reka bentuk dan kepelbagai­an acuan,” katanya.

 ??  ?? Kumpulan pelajar SMK Kidurong bergambar selepas dinobatkan juara Pertanding­an PETRONAS Reimaginin­g Inter School 2018, baru-baru ini.
Kumpulan pelajar SMK Kidurong bergambar selepas dinobatkan juara Pertanding­an PETRONAS Reimaginin­g Inter School 2018, baru-baru ini.
 ??  ?? Campuran sisa makanan dan buangan taman dimasukkan ke dalam acuan untuk membentuk produk inovasi yang menggantik­an penggunaan polibeg anak pokok.
Campuran sisa makanan dan buangan taman dimasukkan ke dalam acuan untuk membentuk produk inovasi yang menggantik­an penggunaan polibeg anak pokok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia