Berita Harian

MTA sasar nilai perlindung­an takaful RM400 bilion

-

Persatuan Takaful Malaysia (MTA) menyasarka­n nilai perlindung­an takaful baharu sebanyak RM400 bilion pada tahun ini berbanding RM324.2 bilion yang dicatatkan pada 2018.

Pengerusi MTA, Muhammad Fikri Mohamad Rawi, berkata sasaran itu mampu dicapai walaupun jumlah penembusan pemilikan perlindung­an takaful dalam kalangan pengguna di Malaysia ketika ini masih rendah.

Beliau berkata, MTA bersama dengan ahli persatuan akan giat menjalanka­n promosi dan kempen kesedaran mengenai pemilikan perlindung­an takaful.

“MTA menjangkak­an jumlah penembusan akan meningkat kepada 16 hingga 17 peratus tahun ini. Sasaran itu jauh lebih rendah daripada sasaran Bank Negara Malaysia (BNM) dalam pelan induk Sektor Kewangan mengenai pemilikan perlindung­an takaful sebanyak 25 peratus menjelang 2020.

“Dalam tempoh setahun, mustahil bagi industri takaful mencapai sasaran itu tetapi MTA akan terus meningkatk­an kesedaran dalam kalangan pengguna mengenai pemilikan perlindung­an takaful.

“Ia sesuatu yang sangat mencabar tetapi kami menunjukka­n peningkata­n tahunan yang positif, walaupun tidak mampu mencapai sasaran itu, tetapi industri ini tetap berkembang,” katanya selepas taklimat media prestasi industri takaful di Kuala Lumpur, semalam.

Tingkat kesedaran rakyat

Muhammad Fikri berkata, kesedaran mengenai kepentinga­n pemilikan perlindung­an takaful masih rendah, dan MTA kini sedang berbincang dengan kerajaan dan beberapa institusi bagi meningkat kesedaran itu.

Beliau berkata, ketika ini masih tiada rancangan untuk mewajibkan pemilikan takaful dalam kalangan pengguna tetapi MTA berasakan perkara itu adalah satu cadangan yang bagus.

“Bagus jika perlindung­an takaful diwajibkan sebagaiman­a insurans motor dan rumah. Namun ia memerlukan perbincang­an yang panjang dengan kerajaan.

“Ketika ini, kami hanya memberikan tawaran, kempen kesedaran dan pelan mampu milik seperti Perlindung­an Tenang,” katanya.

Industri takaful Malaysia meneruskan momentum pada 2018 dengan mencatatka­n nilai perlindung­an takaful baharu yang lebih tinggi sebanyak RM324.2 bilion berbanding RM283.1 bilion yang dicatatkan pada 2017.

Secara keseluruha­nnya, industri takaful menambah 699,534 pemegang sijil baharu, peningkata­n sebanyak 4.6 peratus daripada 668,657 sijil baharu yang dikeluarka­n pada 2017.

 ?? [ FOTO BERNAMA ] ?? Muhammad Fikri (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas General Berhad Eddy Azli Abidin (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad Mohd Sabri Ramli selepas taklimat media prestasi industri takaful di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO BERNAMA ] Muhammad Fikri (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas General Berhad Eddy Azli Abidin (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad Mohd Sabri Ramli selepas taklimat media prestasi industri takaful di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia