Berita Harian

Penerbanga­n Airasia Melaka-pulau Pinang 1 Julai

-

Airasia Bhd akan memulakan penerbanga­n sulungnya melalui Lapangan Terbang Antarabang­sa Melaka (LTAM), Batu Berendam ke Pulau Pinang, bermula 1 Julai ini.

Exco Kerja Raya, Pengangkut­an dan Kemudahan Awam Melaka, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab, berkata pengurusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan Pihak Berkuasa Penerbanga­n Awam (CAAM) bersetuju untuk memulakan laluan berkenaan sekali gus melonjakka­n ekonomi dan merancakka­n kempen Tahun Melawat Melaka (TMM) 2019.

“Airasia ada menyatakan hasrat untuk memulakan penerbanga­n (LTAM) ke Kota Kinabalu, Pulau Pinang, Langkawi dan Pekan Baru.

“Bagaimanap­un, bermula 1 Julai, ia akan memulakan penerbanga­n dari Melaka ke Pulau Pinang dan ini memberi petunjuk bahawa LTAM akan lebih maju pada masa akan datang malah membantu pertumbuha­n sektor pelanconga­n,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan bertulis Damian Yeo Shen Li (Ph-duyong) pada Persidanga­n Pertama Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-14, di Seri Negeri, di Ayer Keroh, semalam.

Sasar 75,000 penumpang

Mohd Sofi (Ph-durian Tunggal) turut menjawab, LTAM diselengga­ra dengan baik secara berjadual dan selamat oleh pihak MAHB dan CAAM dengan pensijilan ISO 9001: 2015, ISO 14001: 2018 dan OSAS 18001: 2007 yang memerlukan pematuhan standard piawaian.

Justeru, beliau berkata, kerajaan negeri turut menyasarka­n sebanyak 75,000 penumpang susulan pelbagai laluan baharu dibuka melalui pengendali penerbanga­n Malindo Air dan Airasia, bagi tahun ini.

Sementara itu, menjawab soalan lisan Shen Li berhubung fasiliti yang boleh diperbaiki ketika pendaratan kecemasan di landasan pendek di LTAM, Mohd Sofi berkata, kerajaan memberi jaminan landasan selamat digunakan pesawat jenis Airbus A320.

“Sebelum LTAM diberi kebenaran untuk Malindo Air dan Airasia beroperasi, kerajaan negeri sudah bersiap sedia dengan soalan itu.

“Jurutera Airasia sendiri menyatakan keyakinan dan sudah melakukan ujian pendaratan bahawa mereka bersedia menggunaka­n pesawat jenis A320,” katanya.

 ?? [ FOTO HIASAN ] ?? Penerbanga­n dari Melaka ke Pulau Pinang pacu pertumbuha­n sektor pelanconga­n negeri.
[ FOTO HIASAN ] Penerbanga­n dari Melaka ke Pulau Pinang pacu pertumbuha­n sektor pelanconga­n negeri.
 ??  ?? Mohd Sofi Abdul Wahab
Mohd Sofi Abdul Wahab

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia