Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak menghampir­i paras tertinggi tahun ini semalam, disokong oleh penguranga­n bekalan yang diketuai oleh negara Pertubuhan Negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC).

Sekatan Amerika Syarikat (AS) terhadap pengeluar minyak utama, Iran dan Venezuela juga melon- jakkan harga minyak mentah global walaupun peniaga berkata pasaran mungkin dikekang oleh hasil AS yang semakin meningkat.

Niaga hadapan AS West Texas Intermedia­te (WTI) berada pada AS$59.14 satu tong, naik lima sen daripada penutup akhirnya dan ditutup menghampir­i paras tertinggi tahun ini iaitu AS$59.23.

Niaga hadapan Brent pula meningkat 20 sen kepada AS$67.74 satu tong, juga menghampir­i paras tertinggi tahun ini, iaitu AS$68.14 yang dicatatkan minggu lalu.

Di China, niaga minyak mentah Shanghai yang dilancarka­n Mac lalu melonjak 4.5 peratus daripada penutup akhirnya iaitu 468.2 yuan (AS$69.71) satu tong.

Dalam aspek dolar, ia menjadikan minyak mentah Shanghai lebih mahal daripada Brent.

Harga minyak mentah juga mendapat sokongan lanjut disebabkan sekatan AS ke atas eksport minyak dari Iran dan Venezuela.

Disebabkan unjuran bekalan lebih ketat untuk bulan mendatang, carta Brent menunjukka­n ia menyusut sejak awal tahun ini. Ia bermakna, harga penghantar­an segera lebih tinggi daripada yang dihantar bagi tempoh lebih panjang pada masa hadapan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia