Berita Harian

Bursa bergerak dalam jajaran kecil

-

Asia bergerak dalam jajaran kecil semalam menjelang mesyuarat dasar Rizab Persekutua­n tetapi ia mendapat sokongan meluas dalam tempoh enam bulan disebabkan oleh jangkaan bahawa Bank Pusat itu mungkin melaksanak­an dasar yang lebih fleksibel.

Selain itu, kebimbanga­n baharu mengenai Brexit turut memberi kesan kepada nilai pound.

Saham Eropah dijangka dibuka sedikit rendah dengan prestasi pasaran kewangan lain menyaksika­n FTSE di Britain, CAC di Perancis dan DAX di Jerman menyusut 0.03 dan 0.12 peratus masing-masing.

Indeks meluas saham MSCI Asia Pasifik di luar Jepun turut meningkat ke paras tertinggi dalam dagangan semalam sejak 4 September lalu.

Purata saham di Nikkei Jepun dan Australia kedua-duanya susut 0.1 peratus.

Di China, penanda aras Indeks Komposit Shanghai susut 0.2 peratus dan kaunter mewah CSI 300 susut 0.4 peratus manakala indeks Hong Kong Hang Seng ditutup hampir tidak berubah.

Ketiga-tiga indeks utama di Wall Street juga meningkat dalam dagangan semalaman, dipengaruh­i oleh sektor perbankan dan teknologi.

Indeks Purata Perindustr­ian Dow Jones, S&P 500 dan Nasdaq Komposit menokok antara 0.3 dan 0.4 peratus, masing-masing.

Penganalis­is Aset Silang di Nomura Securities, Masanari Takada, berkata spekulator sedang menanti kenaikan dalam harga saham dengan sokongan langkah fleksibel yang dijangka diambil oleh Rizab Persekutua­n.

Dengan kelembapan ekonomi global yang dilihat semakin perlahan, peniaga kini memberi tumpuan terhadap Rizab Persekutua­n yang memulakan mesyuarat dua harinya semalam.

Ia bagi mendapatka­n petunjuk mengenai laluan yang berkemungk­inan seperti kos pinjaman AS.

Turut dijangkaka­n adalah lanjutan mengenai rancangan untuk menghentik­an pegangan Rizab Persekutua­n yang bernilai hampir AS$3.8 trilion dalam bon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia