Berita Harian

Ketua balai, 2 polis kena tahan SPRM

JIPS Bukit Aman diarah jalankan siasatan dalaman

- Oleh Zanariah Abd Mutalib dan Fazrik Kamarudin

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahka­n penahanan seorang pegawai serta dua anggota oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di ibu negara, kelmarin.

Mohamad Fuzi berkata, arahan juga sudah dikeluarka­n kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman untuk menjalanka­n siasatan dalaman berhubung perkara itu.

Katanya, bagaimanap­un siasatan kes itu akan dijalankan oleh pihak SPRM.

“Yang ditahan adalah ketua balai dan dua anggota di Kuala Lumpur, tetapi saya tidak boleh cakaplah balai mana.

Ambil tindakan tegas

“Dalam usaha untuk memerangi judi dan maksiat beberapa arahan khusus diberikan kepada Ketua Polis Negeri dan Ketua Polis Daerah. Jadi sekiranya ada pegawai atau anggota kita terbabit, kita akan ambil tindakan,” katanya.

Mohamad Fuzi berkata demikian kepada pemberita selepas hadir menyaksika­n majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an di antara Koperasi Polis Diraja Malaysia dengan Persatuan Pegawai-pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) dan Persatuan Industri Keselamata­n Malaysia (PIKM) di Bukit Aman, di sini, semalam.

Kelmarin, media melaporkan seorang ketua balai polis antara 16 individu ditahan SPRM kerana disyaki menerima wang sogokan untuk melindungi premis urut di sekitar ibu kota.

Di Putrajaya, 14 individu termasuk tujuh penjawat awam direman antara empat dan lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Terima wang perlindung­an minimum RM1,000

Tujuh penjawat awam yang terdiri daripada tiga polis termasuk seorang ketua balai polis, tiga anggota penguatkua­sa pihak berkuasa tempatan (PBT) dan seorang pegawai bomba direman empat hari.

Selain itu, daripada tujuh individu orang awam, tiga direman empat hari, manakala empat lagi iaitu pemilik rumah urut direman lima hari.

Perintah reman dikeluarka­n Majistret Ahmad Asyraf Mohammad Kamal di Mahkamah Majistret di sini.

Sumber berkata suspek dipercayai menerima bayaran minimum RM1,000 setiap bulan sebagai ‘wang perlindung­an’.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16 dan Seksyen 17 Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR /BH] ?? 14 individu yang ditahan SPRM direman bagi membantu siasatan dipercayai melindungi dan menerima wang sogokan daripada pemilik pusat urut di Mahkamah Majistret Putrajaya, semalam.
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR /BH] 14 individu yang ditahan SPRM direman bagi membantu siasatan dipercayai melindungi dan menerima wang sogokan daripada pemilik pusat urut di Mahkamah Majistret Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia