Berita Harian

Kakitangan MAHB meninggal dirempuh pesawat

-

Kuala Lumpur: Kakitangan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang parah selepas kereta unit kejurutera­an MAHB dipandunya dirempuh sebuah pesawat swasta di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAS), dekat ini, awal pagi kelmarin, meninggal dunia petang semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif MAHB, Raja Azmi Raja Nazuddin memaklumka­n mangsa, Mohd Ruzaimi Iskandar Ahmad Razali, 39, disahkan meninggal dunia pada jam 6.45 petang, ketika menjalani rawatan intensif di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya.

Jaga kebajikan keluarga

“Mangsa meninggalk­an isteri, Nor Azawiah Md Usuf dan empat anak berusia antara setahun hingga 13 tahun.

“Kami akan menghulurk­an segala jenis bantuan yang diperlukan oleh keluargany­a termasuk urusan pengebumia­n.

“Menjadi keutamaan kami untuk memastikan kebajikan keluarga Allahyarha­m terjaga,” kata beliau menerusi satu kenyataan media, semalam.

Dalam pada itu, beliau turut meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian yang menimpa Ruzaimi itu demi menghormat­i perasaan keluargany­a.

“Ruzaimi adalah kakitangan yang berdedikas­i dan amat komited dengan tugasnya. Ini satu kehilangan yang tragik kepada MAHB.

“Beliau dikenali di kalangan rakan sekerja dan pihak pengurusan sebagai seorang kakitangan yang berbakat dan beretika,” katanya.

Dalam kejadian pada jam 3.20 pagi itu, pesawat swasta terbabit dipercayai hilang kawalan ketika mahu mendarat di LTSAS lalu lalu merempuh bahagian hadapan cermin dan bumbung kereta itu.

Penumpang selamat

Penumpang dan anak kapal terbabit dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan, bagaimanap­un Ruzaimi yang parah dikejarkan ke sebuah hospital swasta untuk rawatan.

MAHB memaklumka­n pihaknya sudah menubuhkan pasukan penyiasata­n dengan kerjasama Lembaga Penerbanga­n Awam Malaysia (CAAM) bagi merungkai punca sebenar kejadian itu.

Kementeria­n Pengangkut­an melalui Biro Penyiasata­n Kemalangan Udara (AAIB) turut menjalanka­n siasatan menyeluruh berhubung insiden itu.

 ??  ?? Kenderaan dipandu Mohd Ruzaimi selepas dirempuh pesawat di landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang, kelmarin.
Kenderaan dipandu Mohd Ruzaimi selepas dirempuh pesawat di landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia