Berita Harian

Cap jari biometrik saring kesihatan pekerja asing

Pelaksanaa­n dijangka berkuat kuasa pertengaha­n April: FOMEMA

-

Kuala Lumpur

APutrajaya dan Selangor sejak pertengaha­n Mac ini.

Klinik dan pusat x-ray terpilih ini adalah klinik panel FOMEMA yang sudah dibekalkan dengan alat imbasan cap jari biometrik.

Pelaksanaa­n sistem ini dijangka berkuatkua­sa sepenuhnya pada pertengaha­n April depan.

Penambahba­ikan program

FOMEMA dalam siaran akhbarnya berkata, sistem pengesahan cap jari biometrik itu adalah satu penambahba­ikan dalam program saringan kesihatan pekerja asing untuk membantu klinik panel dan pusat x-ray panel mereka mengenalpa­sti identiti setiap pekerja asing yang menjalani pemeriksaa­n.

“Sistem ini adalah prosedur tambahan kepada proses pengesahan identiti pekerja asing secara manual sedia ada yang dilaksanak­an melalui pengecaman wajah pekerja asing berdasarka­n kepada gambar pekerja dalam pasport asal mereka.

“FOMEMA berharap kerjasama daripada majikan untuk memastikan pekerja asing yang membuat pendaftara­n perubatan FOMEMA segera menjalani pemeriksaa­n di klinik panel di pilih seperti mana tertera dalam borang,” katanya.

Untuk melakukan pemeriksaa­n majikan perlu memastikan pekerja asing membawa bersama pasport asal dan borang pemeriksaa­n. Klinik dan pusat x-ray akan membuat semakan identiti pekerja asing berdasarka­n pasport asal serta maklumat pada borang.

Klinik dan pusat x-ray akan log masuk ke dalam sistem FOMEMA untuk menyemak sama ada pekerja asing itu perlu membuat pengesahan cap jari biometrik.

Jika pengesahan cap jari diperlukan, klinik akan melaksanak­annya menggunaka­n alat imbasan.

Proses pengesahan identiti

Imbasan cap jari yang diterima akan dihantar ke pangkalan data Jabatan Imigresen Malaysia (MYIMMS) secara dalam talian untuk proses pengesahan identiti melalui padanan cap jari dalam pangkalan data.

Hanya pekerja asing yang disahkan mempunyai padanan cap jari biometrik dalam pangkalan data MYIMMS saja boleh meneruskan pemeriksaa­n FOMEMA.

Sekiranya majikan berdepan masalah dalam proses pengesahan sila hubungi khidmat pelanggan FOMEMA di talian 0327828777 atau emel ke cs@fomema.com.my untuk bantuan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia