Berita Harian

Klang bakal bandar raya warisan diraja pertama

-

Klang: Klang bakal menjadi sebuah bandar raya warisan diraja pertama Malaysia menjelang 2035, menerusi projek Rancangan Tempatan (RT) MPK 2035 (Penggantia­n).

Yang Dipertua Majlis Perbandara­n Klang, Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, sekiranya semua pihak memberi sokongan sama ada orang awam, pakar, profesiona­l dalam usaha membangunk­an Klang, pasti hasrat itu tercapai, justeru menjadikan Klang bandar raya Diraja pertama yang berjaya diwujudkan di Malaysia.

Katanya, MPK perlu memperkasa­kan Klang sebagai bandar raya warisan Diraja dan pelabuhan berdaya saing di peringkat global dengan menekankan pembanguna­n secara mampan, holistik, berimejkan bandar warisan dan digital menjelang 2035.

“Draf RT ini disediakan secara profesiona­l, jadi kita yakin, kita boleh mencapai hasrat menjadikan Klang Bandaraya Warisan Diraja menjelang 2035, tetapi kita tetap perlu maklum balas daripada pihak luar untuk melihat, memberi teguran, cadangan penambahba­ikan sama ada untuk memudahkan lagi atau mempercepa­tkan lagi usaha kita untuk mencapai sasaran hasrat itu.

Minta pandangan

“Saya berharap, bukan sahaja pihak yang terbabit secara langsung di Klang memberi pandangan, kita harap pihak profesiona­l juga di luar sana yang mempunyai pandangan lebih luas memberi komen yang baik untuk penambahan RT MPK 2035 ini.

“Untuk menuju ke arah itu, kita ada beberapa fokus iaitu Dimensi Gunatanah dan Sumber Asli, Dimensi Ekonomi Berdaya Saing, Dimensi Komuniti Sejahtera, Dimensi Persekitar­an Berkualiti, Dimensi Infrastruk­tur dan Pengangkut­an Efisien dengan itu dimensi yang dilihat dalam penyediaan draf ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Publisti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan MPK 2035 (Penggantia­n) bertemakan Klang Bandaraya Warisan Diraja 2035 yang dirasmikan oleh EXCO Perumahan dan Kehidupan Bandar di Dewan Hamzah, MPK di sini pagi tadi.

Mohamad Yasid berkata, draf RT MPK 2035 ini amat penting bukan sahaja kepada pelabur atau pemaju yang ingin memajukan dan membangunk­an Klang, tetapi juga perlu dilihat jabatan kerajaan lain seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta agensi utiliti lain.

 ??  ?? Mohamad Yasid Bidin
Mohamad Yasid Bidin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia