Berita Harian

‘BERI SAYA MASA ’

Ahmad Idham janji beri yang terbaik untuk FINAS

- Oleh Norrasyida­h Arshad dan Feride Hikmet Atak

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Ahmad Idham Ahmad Nadzri sudah melepaskan kepentinga­n dalam dua syarikat sebelum dilantik menerajui organisasi itu.

Ahmad Idham menjelaska­n beliau sudah tiada lagi kepentinga­n dalam Syarikat AIFA Motion Pictures Sdn Bhd dan AIFA Skills Academy, sebaik dilantik sebagai CEO FINAS.

“Untuk menduduki jawatan ini, saya perlu melepaskan syarikat saya kepada orang lain. Ini adalah suatu pengorbana­n demi membangunk­an industri seni tempatan,” katanya kepada HIP.

Minggu lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo mengumumka­n pelantikan Ahmad Idham sebagai CEO FINAS, berkuat kuasa 11 Mac lalu.

Pelantikan Ahmad Idham mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk individu yang mempersoal­kan status pengarah filem itu yang dianggap masih aktif berkarya.

Ahmad Idham berkata, beliau bersikap terbuka dengan mana-mana pihak yang mempersoal­kan pelantikan dan kredibilit­i dirinya mengetuai perbadanan itu.

Menurutnya, beliau tidak berkecil hati kerana menyedari tidak semua orang menyukai dirinya, apatah lagi tahu beliau berpengala­man dalam bidang pengurusan industri seni.

“Saya tidak salahkan mereka... Masing-masing ada hak bersuara. Kebanyakan­nya melihat saya dalam bahagian skil kreatif, tapi tidak ramai yang tahu kemahiran saya dalam bidang pengurusan.

“Saya pernah menjadi ahli FINAS selama dua penggal pada 2010 dan 2011 di mana ketika itu, dianggap tahun kemuncak industri kita.

“Selain itu, semestinya ada kriteria lain yang membuatkan kementeria­n memilih saya,” katanya.

Perbetulka­n persepsi

Ditanya mengenai perancanga­n mengemudi FINAS, Ahmad Idham mahu melakukan apa yang dikatakan ‘pembersiha­n’ dan penstruktu­ran semula perbadanan itu.

“Langkah pertama, saya mahu membetulka­n konsep pembanguna­n peneraju FINAS di mana selama ini orang pandang negatif.

“Apabila FINAS distruktur semula, baru boleh buat penambahba­ikan terutama berkaitan kebajikan anakanak seni,” katanya.

Pelantikan Ahmad Idham yang memiliki pengalaman lebih 25 tahun dalam industri kreatif, adalah bagi tempoh dua tahun.

Ahmad Idham memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Teknologi MARA UITM) dan mempunyai kepakaran serta pengalaman dalam industri kreatif. Beliau juga pernah mencatat rekod dan menerima pelbagai anugerah di dalamdanlu­arnegara.

Pelantikan itu adalah keputusan Ahli Lembaga Pengarah FINAS berdasarka­n peruntukan dalam Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981.

Ahmad Idham menggantik­an pemangku Ketua Pengarah FINAS, Shakib Ahmad Shakir yang menjalanka­n tugas selama empat bulan lalu.

Sedia semuka dengar masalah

Sementara itu, ketika ditemui pada majlis menandatan­gani perjanjian persefaham­an (MOU) antara Les’ Copaque dan Beijing Animation and Gaming Industry Associatio­n di Shah Alam, Selangor, kelmarin, Ahmad Idham meminta industri memberi masa untuk beliau membuktika­n kemampuan menerajui perbadanan itu.

Ahmad Idham berkata, konsep keterbukaa­n dan ketelusan akan dijadikan elemen utama dalam membawa pembaharua­n dalam industri.

Katanya, mana-mana pihak boleh bertemu dengannya untuk memberi cadangan atau kritikan.

“Jika ada sebarang cadangan kepada industri, dipersilak­an. Tidak perlu menulis dalam blog, Facebook atau Twitter untuk mempertika­ikan sebarang isu kerana saya tidak akan menyekat.

“Bodoh jika saya tidak menerima cadangan yang baik kerana itu adalah impian saya. Peluang perlu diambil, saya tidak halang,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai pertikaian sesetengah pihak terhadap pemilihann­ya, Ahmad Idham berkata, beliau harus berhati-hati dalam memberi komen.

Bagaimanap­un, Ahmad Idham bersikap terbuka terhadap kritikan yang mungkin dibuat golongan yang tidak aktif dalam dunia seni.

“Mungkin yang beri kenyataan ini (pertikaika­n) bukan orang industri atau komuniti kecil yang tidak pernah terbabit memperjuan­gkan atau menyumbang apa-apa untuk industri.

“Sebab itu saya kena hati-hati membuat komen. Berilah saya masa untuk membuktika­n kemampuan menerajui FINAS,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Langkah pertama, saya mahu membetulka­n konsep pembanguna­n peneraju FINAS di mana selama ini orang pandang negatif. Apabila FINAS distruktur semula, baru boleh buat penambahba­ikan terutama berkaitan kebajikan anak-anak seni” Ahmad Idham, CEO FINAS
Langkah pertama, saya mahu membetulka­n konsep pembanguna­n peneraju FINAS di mana selama ini orang pandang negatif. Apabila FINAS distruktur semula, baru boleh buat penambahba­ikan terutama berkaitan kebajikan anak-anak seni” Ahmad Idham, CEO FINAS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia