Berita Harian

Jadi mangsa viral

Heboh khabar meninggal dunia, AR Badul kumpul ahli keluarga demi ukhuwah

- Oleh Hanisah Selamat

Dilahirkan dalam keluarga besar dengan 18 adik beradik daripada enam ibu, kehidupan AR Badul dalam legasi keturunan bapa, Allahyarha­m AR Tompel, cukup meriah.

Biarpun dalam seramai itu, hanya beberapa anak Allahyarha­m Tompel mengikut jejaknya melangkah ke dunia seni, masing-masing ‘sekepala’ dan rapat.

Badul memberitah­u, selain dirinya, lima adik-beradik yang lain turut berkecimpu­ng dalam dunia seni iaitu Adlin, Amran, Armali, Azlan dan Anuar.

“Benar, keluarga kami memang meriah. Kalau buat kenduri rasanya cucu cicit bapa sudah boleh penuhkan khemah.

“Cuma kekangan masa selain faktor logistik termasuk ada yang tinggal di Singapura membuatkan kami jarang berjumpa.

“Bapa mendapat paling ramai anak dengan isteri ketiga yang berasal dari Perlis. Mereka dikurniaka­n enam cahaya mata.

“Walaupun berlainan ibu, boleh dikatakan kami rapat dan saling berhubung. Malah, baru-baru ini, kami anjurkan perjumpaan keluarga Tompel di Kemensah, Hulu Klang,” katanya kepada HIP.

Badul yang mengukir nama sebagai pelakon, pengarah dan penulis disegani berkata, legasi yang ditinggalk­an Tompel sentiasa dikenang anak cucu hingga ke akhir hayat.

Tambah Badul, idea mengumpulk­an adik-beradik tercetus selepas berita palsu kematianny­a tersebar, baru-baru ini. Berikutan itu, semua ahli keluarga termasuk di Singapura jadi panik.

“Ketika itu, kebetulan adik-beradik dan anak saudara datang dari Singapura selepas mendengar berita kononnya saya sudah tiada.

“Semuanya berlaku secara kebetulan... Alang-alang sudah sampai Kuala Lumpur, saya luahkan hasrat mahu berkumpul.

“Jadi, kami sepakat memilih air terjun Kemensah di Hulu Klang, untuk menganjurk­an perjumpaan besar-besaran ini. Ketika itu, lebih 100 anak cucu berkumpul,” katanya yang memiliki tujuh anak.

Badul berkata, suasana sangat meriah apabila semua adik-beradik serta anak dan cucu saudara berkumpul.

Walaupun berlainan ibu, boleh dikatakan kami rapat dan saling berhubung. Malah, baru-baru ini, kami anjurkan perjumpaan keluarga Tompel di Kemensah, Hulu Klang”

 ??  ?? AR Badul
AR Badul

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia