Berita Harian

Kesihatan pulih umpama dikurnia nyawa kedua

-

“Mereka juga mungkin mahu memenuhi hajat saya yang sedang sakit ketika itu. Ada hikmahnya desas-desus palsu itu,” katanya sambil tertawa.

Mula perlahan rentak

Di sebalik fitnah liar media sosial, Badul atau nama sebenarnya, Armaya Aman Ramlie, 70, mengaku ramai sahabat lama dan peminat bertanya khabar.

Enggan memanjangk­an isu berkenaan, apa yang penting, beliau sudah sihat selepas menjalani dua prosedur angiogram di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

“Syukur Alhamdulil­lah, saya umpama mendapat nyawa kedua. Serangan jantung ibarat isyarat meminta saya kurangkan bekerja, melebihkan masa bersama keluarga dan terus mengingati Tuhan.

“Terima kasih kepada yang mendoakan kesejahter­aan saya. Apabila khabar mengenai kematian saya tersebar, saya hanya berserah kepada-nya.

“Apa pun, janji Allah itu pasti. Tidak akan terlambat atau tercepat sesaat pun jika sudah sampai masanya nanti,” katanya.

Menyentuh mengenai kerja produksi, Badul berkata, serangan jantung barangkali isyarat untuk dirinya memperlaha­nkan rentak.

Biarpun masih bertenaga, nasihat doktor supaya menumpukan perhatian terhadap kesihatan tetap menjadi keutamaan.

Badul yang meraih gelaran Pelakon Lelaki dan Sutradara Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) kelapan, bersyukur kesihatann­ya semakin memberangs­angkan.

“Rasanya, kalau ajak saya bermain bola petang ini pun saya boleh,” katanya ketika ditemui selesai prosedur angiogram kedua di IJN, baru-baru ini.

Pada 18 Disember lalu, Badul dimasukkan ke Unit Rawatan Koronori (CCU) di IJN akibat serangan jantung.

Bagaimanap­un, kesihatann­ya stabil selepas menjalani operasi pemasangan stent. Namun, beberapa hari kemudian, tersebar berita palsu kononnya Badul sudah meninggal dunia.

Serius dalam berbicara

Mengenai aktiviti semasa, Badul berkata, beliau meneruskan tugas sebagai pengarah animasi televisyen (TV), Mac & Ted untuk siaran RTM.

“Kerja mengarah sudah sebati dalam hidup saya. Sudah tiga musim saya menghasilk­an animasi ini... Cabarannya besar.

“Namun, saya puas walau kerja berbelas-belas jam di studio sebaik melihat hasilnya. Jika tiada aral, animasi ini bakal dibawakan ke layar perak,” katanya.

Ditanya apakah dirinya tidak mahu mengarahka­n filem cereka, Badul berkata:

“Rindu mahu mengarahka­n filem. Tetapi biarlah generasi pelapis yang menggalas tugas itu... Bukan era saya lagi,” katanya.

Badul berkata, dia selesa melakukan kerja pengarahan biarpun kini terbabit dalam dunia animasi.

“Saya tidak suka menongkah arus. Minat terhadap pengarahan saya salurkan ke dalam bidang animasi sejak beberapa tahun lalu,” katanya yang kali terakhir mengarahka­n filem pada 1998.

Mendekati seniman serba boleh ini, nyata sisi peribadiny­a tidak seperti yang ditonjolka­n dalam layar perak, iaitu sarat dengan humor.

Apabila membuka cerita, setiap patah bicara disusun dengan tertib membuatkan ramai mengakui senang mendekatin­ya.

Akui Badul, apa yang dilihat di layar adalah kerjanya. Malah, baginya pelawak tidak perlu memiliki watak ‘gila-gila’ apabila di luar atau menjadikan semua perkara sebagai jenaka.

Baginya, banyak perkara harus diambil perhatian untuk menjadi pelawak terutama mengelak isu sensitif seperti agama dan perkauman dalam kerja atau persembaha­n.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Bersama anak Mueeza dan isteri.
Bersama anak Mueeza dan isteri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia