Berita Harian

Karya sastera buka wacana kritikan, beri ruang bersuara

Kumpulan cerpen Menjelang Pemilihan tampilkan sudut pandangan kanak-kanak

- Oleh Siti Haliza Yusop

Karya sastera wajar membuka wacana yang mengkritik dan menilai kepemimpin­an, sekali gus menyediaka­n ruang kepada kelompok marginal atau pinggiran untuk bersuara.

Peranan itu dapat dilihat dalam kumpulan cerpen Menjelang Pemilihan karya Sasterawan Negara (SN), Datuk Dr Zurinah Hassan yang menyediaka­n ruang wacana mewakili kelompok marginal yang mempunyai keinginan untuk mengkritik pemimpin yang tidak adil.

Penerima Hadiah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write) 2010, Zainal Palit atau lebih dikenali sebagai Zaen Kasturi, berkata keinginan melawan itu bukan dilakukan tanpa sebab sebaliknya berdasarka­n tekad pengarang yang mahu kehidupan semasa dicorak dengan betul untuk kepentinga­n masa depan.

“Orang yang hanya akur kepada keadaan semasa, tidak akan disukai dan dicontohi kerana mereka tidak berupaya menghasilk­an pemikiran yang bermanfaat.

“Kumpulan cerpen Menjelang Pemilihan menunjukka­n bagaimana pengarangn­ya tidak langsung tertarik dengan undang-undang atau peraturan sedia ada.

“Ini kerana pengarang mahu merubah pandangan kita terhadap sesuatu yang biasa dilihat kerana beliau tidak berasa perlu untuk berada dalam arus pemikiran orang lain,” katanya pada Wacana Sasterawan Negara di Dewan Za’ba, Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini.

Yang turut hadir Zurinah dan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) UPM, Prof Madya Dr Arbaie Sujud serta Dr Halis Azhan Mohd Hanafiah.

Zaen Kasturi berkata, pengarang dalam naskhah itu juga memberitah­u tidak perlu patuh kepada pemimpin yang tidak adil jika mereka salah.

“Ini kerana bagi pengarang, menjadi satu kesalahan untuk berbuat demikian, sekali gus tidak menampilka­n sikap demokratik,” katanya. Zaen Kasturi berkata, dalam cerpen

Kumpulan cerpen Menjelang Pemilihan menunjukka­n bagaimana pengarangn­ya tidak langsung tertarik dengan undang-undang atau peraturan sedia ada. Pengarang mahu merubah pandangan kita terhadap sesuatu yang biasa dilihat” Zaen Kasturi, Penerima Hadiah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write) 2010

Menjelang Pemilihan yang menjadi judul naskhah itu, pengarangn­ya mengambil sudut pandang masyarakat yang sering tidak diendahkan.

Jadi ikutan dan pegangan

“Pengarang bercerita mengenai isu pilihan raya tetapi ia berdasarka­n kaca mata kanak-kanak, sekali gus menjadi sesuatu yang sering diremehkan sebelum ini.

“Ia bertepatan dengan tanggungja­wab pemimpin yang dipilih dalam pilihan raya, bukan saja memikirkan generasi mereka sebaliknya generasi selepas itu,” katanya.

Pada masa sama, Zaen Kasturi juga menyebut karya Zurinah berpotensi menjadi ikutan dan pegangan dalam hidup sama ada secara bertulis atau tidak.

Beliau berkata, masyarakat tidak boleh menyisihka­n sasterawan atau meninggalk­an pembacaan karya mereka.

“Karya pengarang meskipun bercakap mengenai diri sendiri tetapi ia pastinya mewakili masyarakat.

“Pengkaji perlu memastikan tulisan sasterawan di negara ini terus digali dan dijadikan peraturan dalam beberapa aspek kehidupan.

 ?? [FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/BH] ?? Zurinah ketika menyampaik­an ucapan pada program Wacana Sasterawan Negara di Dewan Za’ba, UPM.
[FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/BH] Zurinah ketika menyampaik­an ucapan pada program Wacana Sasterawan Negara di Dewan Za’ba, UPM.
 ??  ??
 ??  ?? Kumpulan cerpen Menjelang Pemilihan karya Zurinah Hassan.
Kumpulan cerpen Menjelang Pemilihan karya Zurinah Hassan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia