Berita Harian

Ardern enggan sebut nama pengganas

6 jenazah mangsa diserahkan kepada keluarga untuk pengebumia­n

- Christchur­ch

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern yang masih terus berkabung bersama seluruh rakyat sejak Jumaat lalu menyuaraka­n beliau tidak akan menyebut lagi nama penembak kejam yang membunuh ramai mangsa di masjid.

Dia berkata ketika membuka sidang parlimen dengan ucapan Assalamual­aikum, sebagai mesej keamanan buat umat Islam.

“Dia bakal berdepan hukuman paling berat mengikut undangunda­ng New Zealand,” demikian janji Ardern kepada warganya yang sedang bersedih.

Pada hari yang sama, jenazah enam mangsa keganasan serangan di Christchur­ch mula diserahkan kepada keluarga mereka, menurut polis New Zealand, semalam.

Mahu jadi terkenal

Namun, mereka memberi amaran bahawa hanya sebahagian kecil daripada 50 korban dikenal pasti sepenuhnya.

Ardern berkata penyerang berusia 28 tahun itu mahukan sesuatu dari tindakan keganasan itu dan satu daripadany­a adalah untuk menjadi terkenal.

“Sebab itulah anda tidak akan mendengar saya menyebut namanya. Dia seorang pengganas. Dia seorang penjenayah. Dia seorang pelampau dan setiap kali saya bercakap, dia tidak akan bernama.”

“Saya rayu kepada anda: Sebutlah nama mereka yang gugur, berbanding nama lelaki yang mengambil nyawa mereka,” kata pemimpin negara itu.

Kenyataan beliau itu kebetulan hadir ketika berdozen-dozen anggota keluarga mangsa tiba dari seluruh dunia menjelang upacara pengebumia­n yang sudah pun tertangguh lebih 24 jam.

Menurut Peter Elms dari jabatan imigresen, kira-kira 65 visa sudah diluluskan untuk anggota keluarga dari luar negara setakat ini.

Difahamkan, kegagalan pihak berkuasa menyerahka­n jenazah untuk urusan pengebumia­n segera sebagaiman­a dituntut ajaran Islam memburukka­n lagi kemarahan ahli keluarga mangsa.

Polis di Christchur­ch berkata hanya 12 daripada 50 mangsa sudah dikenal pasti mengikut keperluan ditetapkan Koroner dan kenyataan itu memberi tanggapan bahawa pihak berkuasa dijangka memerlukan lebih banyak masa.

 ?? [ FOTO AFP/REUTERS] ?? Anggota keluarga menangis pada majlis mengenang tragedi di Masjid Al Noor di Christchur­ch, semalam ketika hadir untuk berkabung bersama orang ramai. Ardern bertemu pemimpin komuniti Muslim di Rumah Parlimen di Wellington, semalam dan ketika sama bertekad tidak akan menyebut lagi nama penembak kejam itu.
[ FOTO AFP/REUTERS] Anggota keluarga menangis pada majlis mengenang tragedi di Masjid Al Noor di Christchur­ch, semalam ketika hadir untuk berkabung bersama orang ramai. Ardern bertemu pemimpin komuniti Muslim di Rumah Parlimen di Wellington, semalam dan ketika sama bertekad tidak akan menyebut lagi nama penembak kejam itu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia