Berita Harian

Paris, Hong Kong, Singapura bandar termahal dunia

Penduduk Perancis perlu bayar RM489 untuk potong rambut

-

Paris berada di tempat teratas bandar paling mahal di dunia untuk ekspatriat - berkongsi tempat pertama dengan Singapura ini dan Hong Kong, menurut tinjauan, semalam yang menamakan ibu kota bergolak Venezuela sebagai paling murah.

Ibu kota Perancis itu adalah satu-satunya bandar zon euro dalam 10 teratas, meningkat daripada kedua paling mahal tahun lalu dan kedudukan ketujuh, dua tahun lalu.

Tinjauan mendapati, Paris bandar paling mahal untuk didiami dengan harga purata sut perniagaan dua helai untuk lelaki berharga kira-kira AS$2,000 (RM8,154) manakala wanita yang mahu memotong rambut berharga AS$120 (RM489).

Katanya, hanya ‘alkohol, pengangkut­an dan tembakau’ menawarkan nilai wang berbanding bandar Eropah lain.

Unit Perisikan Ekonomi (EIU) berkata, ini adalah kali pertama dalam tempoh lebih tiga dekad tinjauan, tiga bandar berkongsi di tempat teratas selepas Singapura mengetuai carta tahun terdahulu.

Tinjauan di 133 bandar seluruh dunia

Senarai 10 teratas dikuasai bandar Asia dan Eropah dengan Osaka dan Seoul berada di tempat kelima dan ketujuh manakala Zurich (keempat), Geneva (kelima) dan Copenhagen (ketujuh). Amerika Utara diwakili bandar Amerika Syarikat (AS) di New York (ketujuh) dan Los Angeles (tempat ke-10) berkongsi dengan Tel Aviv, Israel.

Peningkata­n mata wang, inflasi dan penurunan nilai serta pergolakan politik memainkan peranan dalam kedudukan tahun ini, kata EIU yang menjalanka­n tinjauan di 133 bandar seluruh dunia.

Ia membanding­kan 400 harga individu meliputi 160 produk dan perkhidmat­an, termasuk makanan dan minuman, pakaian, sewa rumah, pengangkut­an, persekolah­an dan rekreasi.

Tinjauan itu menyasar membantu syarikat mengira pakej pampasan dan elaun untuk kakitangan ekspatriat dan pelancong perniagaan.

Caracas, Venezuela mengalahka­n Damsyik sebagai bandar paling murah di dunia di tengah pergolakan kuasa yang menjerumus­kan negara itu kepada krisis mendalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia