Berita Harian

Thailand kawal ketatmesej di media sosial

-

Bangkok: Pilihan raya umum Thailand yang dijadualka­n pada 24 Mac ini, menyaksika­n kawalan ketat terhadap mesej yang dimuat naik di semua media sosial.

Ia susulan penguatkua­saan undangunda­ng baharu membabitka­n kempen menerusi media sosial, namun, beberapa aktivis berpendapa­t ia terlalu ketat atau melampau berbanding negara lain di dunia.

“Pemantauan membabitka­n penyebaran mesej yang tidak benar, memfitnah calon atau menggunaka­n bahasa kasar dan ia adalah perkara yang melanggar undangunda­ng baharu pilihan raya,” kata Timbalan setiausaha Agung Suruhanjay­a Pilihan Raya (EC), Sawang Boonmee, ketika membawa wartawan Reuters melawat ‘bilik perang’ yang mengendali­kan tugas pemantauan itu.

Sawang berkata, sebaik sahaja mesej terbabit dikesan, misalnya yang dimuat naik di Facebook, ia akan dicetak berserta tarikh ia diperoleh dan disimpan di dalam fail plastik.

Ia kemudian diserahkan kepada EC, bagi permohonan dikeluar atau dipadamkan daripada Facebook.

“Apabila kami mengarahka­n supaya kandungan itu dikeluarka­n daripada manamana media sosial, kami akan menghubung­i terus penyedia platform.

Bendung manipulasi

“Mereka (penyedia platform) selalunya memberikan kerjasama yang baik dan mematuhi arahan yang kami keluarkan,” kata Sawang.

Beliau berkata, undang-undang itu kali pertama diperkenal­kan sejak rampasan kuasa tentera pada 2014, bagi membendung manipulasi di media sosial.

“Negara lain masih belum melaksanak­annya. Thailand adalah negara pertama yang mengawal selia media sosial, bagi memastikan proses kempen berjalan lancar, selain melindungi semua calon,” katanya.

Sementara itu, wakil Facebook berkata, permohonan yang dikemukaka­n oleh kerajaan akan dinilai berdasarka­n kes.

“Kami mempunyai prosedur tertentu ketika memproses permohonan dari kerajaan dan tiada perbezaan antara Thailand dengan negara lain di dunia,” katanya.

Bagaimanap­un, Twitter enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

 ?? [ FOTO REUTERS} ?? Kakitangan yang bertugas di bilik perang bagi memantau mesej di media sosial di Bangkok.
[ FOTO REUTERS} Kakitangan yang bertugas di bilik perang bagi memantau mesej di media sosial di Bangkok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia