Berita Harian

FA bertafakur selepas dikritik

Sebagai penghormat­an kepada mangsa tragedi di New Zealand

-

Persatuan Bola Sepak Inggeris mengumumka­n yang mereka akan memberi penghormat­an kepada mangsamang­sa serangan pengganas di Masjid New Zealand sebelum perlawanan kelayakan Euro 2020 antara England dan Republik Czech, Jumaat ini.

Pengganas kulit putih itu membunuh lebih 50 dan mencederak­an 48 orang dalam dua serangan di dua buah masjid di Christchur­ch.

Dalam satu kenyataan di laman Twitter persatuan itu, FA berkata: “Kami akan memberi penghormat­an kepada mangsamang­sa tragedi di New Zealand pada perlawanan England menentang Republik Czech, 22 Mac ini.

“Kami akan mengingati setiap yang terkesan dengan peristiwa dahsyat di Christchur­ch.”

Brenton Tarrant, 28 tahun dari Australia, ditangkap selepas dua insiden tembakan Jumaat lalu dan didakwa atas tuduhan membunuh pada Sabtu.

FA patut malu

Serangan itu, paling buruk dalam sejarah New Zealand, diingati dengan acara bertafakur seketika sebelum perlawanan liga ragbi dan Six Nations hujung minggu lalu, tetapi persatuan bola sepak Inggeris itu tidak melakukann­ya.

Bekas pegawai FA, Yunus Lunat mengkritik kegagalan persatuan bola sepak itu mengingati mangsa tragedi berkenaan, berbeza dengan tindakan mereka ketika insiden “keganasan” seperti di Paris pada November 2015.

Dalam kenyataann­ya peguam itu berkata: “Anda patut malu @FA @premierlea­gue @EFL.

“Tiada minit tafakur bagi mengingati pembununha­n di Christchur­ch #Moretofoot­ball? #doublestan­dards.

“Bersungguh-sungguh untuk Paris/charlie Hebdo. #Muslimlive­sdontmatte­r (Nyawamusli­mtidakpent­ing).” AGENSI

Kami akan memberi penghormat­an kepada mangsa-mangsa tragedi di New Zealand pada perlawanan England menentang Republik Czech, 22 Mac ini” Kenyataan Twitter FA England,

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia