Berita Harian

Pochettino akui Barca ada kelebihan

-

London: Pengendali Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino berkata Barcelona mempunyai kelebihan menjelang pertemuan suku akhir Liga Juara-juara menentang Manchester United dan memilih kelab Sepanyol itu untuk menjulang trofi berkenaan buat kali keenam.

United kembali menemui rentak mereka di bawah pengendali sementara Ole Gunnar Solskjaer, yang mengisi kekosongan ditinggalk­an Jose Mourinho pada Disember, dan mencatat 14 kemenangan dalam 19 perlawanan.

Pochettino bagaimanap­un berasakan United masih mempunyai banyak kerja untuk dilakukan bagi mengatasi Barcelona, yang kini mendahului La Liga dengan kelebihan 10 mata.

“Jika hanya ada satu pasukan pilihan untuk memenangi Liga Juara-juara, ia pastinya Barcelona,” kata bekas pengendali Espanyol itu.

“(Ernesto) Valverde melakukan tugas dengan baik. Mereka mempunyai pemain-pemain di tahap luar biasa, dan kemudian mereka juga mempunyai Lionel Messi.

City juga ada peluang

“Saya rasa skuad Manchester United yang dibentuk sejak beberapa tahun lalu mampu memenangi kejohanan besar, tetapi Barcelona berada satu langkah di depan mereka.”

Spurs akan berdepan pesaing Liga Perdana Inggeris, Manchester City pada aksi suku akhir Liga Juara-juara, dengan Pochettino turut meletakkan skuad kendalian Pep Guardiola yang juga juara bertahan Inggeris sebagai pasukan yang dibentuk untuk memenangi kejuaraan Eropah itu.

“Jelas sekali Manchester City adalah pasukan yang dibentuk untuk menang dan mereka wajib menang.

“Kami akan cuba untuk menyaingi mereka. Kami sedar dalam kejohanan singkat kecergasan pasukan amat penting. Kami mempunyai kelebihan stadium baharu yang mampu memuatkan 62,000 penonton. Ia akan memberikan tenaga luar biasa,” katanya.

Tottenham akan berpindah ke stadium baharu mereka sebelum melayan kunjungan City pada 9 April. REUTERS

 ??  ?? Mauricio Pochettino
Mauricio Pochettino
 ??  ?? Barcelona mempunyai kelebihan menjelang pertemuan suku akhir Liga Juara-juara menentang Manchester United.
Barcelona mempunyai kelebihan menjelang pertemuan suku akhir Liga Juara-juara menentang Manchester United.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia